Ad Code

Proton Satria Neo R3


Satria Neo R3
Mengekalkan original sleek bodylines dan aerodynamic contour, senarai R3 goodies yang akan di pasang pada Satria Neo R3 baru ini termasuklah R3 Rear Spoiler dan Front Spiltter, R3 Front dan Rear Mark, titanium coloured side protecting moulding dan rim alloy 16-inch yang menampakkan aggressive look pada Satria Neo R3 baru ini.

Di bahagian dalamnya, Satria Neo R3 baru ini di serikan lagi dengan exclusive R3 front semi-bucket seats dan upholstery kulit, R3 floor mat begitu juga 2 DIN multimedia audio dan GPS navigation system.

Engin CPS Campro Satria Neo R3

Satria Neo R3 menggunakan engin Proton's 1.6-litre Campro CPS yang boleh menghasilkan 125bhp pada 6500rpm dan 150Nm  torque pada 4,500rpm. Terdapat dua engine mode (Power dan Fuel Efficient) yang secara automatik akan bertukar mengikut keadaan pemanduan. Satria Neo R3 accelerates dari 0 ke 100 km/h dalam 12.9 saat, dan boleh mencapai kelajuan maksima pada 190 km/h untuk tranmisi manual dan 185 km/h untuk transmisi automatik.

Sebagai langkah keselamatan,  Satria Neo R3 didatangkan dengan dual front airbags, ABS dengan EBD, pre-tensioner seatbelts dan Lotus Ride & Handling untuk excellent grip, kestabilan cengkaman dan tindakbalas pemanduan.

 
  

Satria Neo R3 didatangkan dalam 4 warna iaitu Fire Red, GTi Silver dan Tranquality Black. Sebagai tambahan, untuk pertama kalinya, Proton menawarkan kepada pelanggannya warna Canary Yellow iaitu warna Satria Neo S2000, kereta yang telah membawa Proton memenangi banyak anugerah diperingkat antarabangsa dengan kemenangan di APRC dan SWRC rally Championships.

Sebagai incentive untuk pembeli Satria Neo R3, kereta ini akan dilengkapkan dengan full standard specification termasuk  R3 side stripes dan  front grille stickers kepada yang menempah kereta tersebut sehingga 31st December 2012. Selepas tempoh tersebut, stickers boleh dibeli sebagai add-on R3 accessories.

Bersempena pelancaran Satria Neo R3, Proton juga memperkenalkan special package kepada pelanggan yang berminat untuk menambahkan performance part pada Satria Neo R3 seperti  Lowering Spring Set, Full Exhaust System dan Belt Accessory Drive pada harga RM2,841.00.

Satria Neo R3 Executive Line AT dijual pada harga RM64,250, sementara Executive Line MT dijual pada harga RM61,250 dengan manufacturer warranty selama 3 tahun atau 100,000km (yang mana dahulu). Pelanggan juga boleh membuat tempahan mulai sekarang dengan booking fee hanya sebanyak RM300.00.

Post a Comment

4 Comments

  1. Warna kuning ni adalah warna utk Proton S2000, iaitu model Satria yg tlh banyak memenangi Rally di peringkat antarabangsa.

    ReplyDelete
  2. Fire redd mcm ne na make up bg nampak tserlah warna nye?

    ReplyDelete
  3. Kalau nak make-up ni kena gi kedai aksesori...Kalau kat Mlk bnyk hntr ke J Mode. Tmpt lain tak tau

    ReplyDelete

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.