Breaking

Post Top Ad

Monday, November 25, 2013

Lokasi Taman Kesidang, Kampung Lapan, Melaka


Lokasi Homestay Kesidang Lia

Alamat:

163B, Jalan Kesidang 2/13
Taman Kesidang Seksyen 2
75200 Melaka

Coordinate Homestay Kesidang Lia adalah 2.216593,102.23489.

Panduan Ke Homestay Kesidang Dari Tol Ayer Keroh




Kampung Lapan terletak 150 meter dari Sm Tun Tuah. Kampung Lapan terletak 384 meter dari Restoran Zhong Hua. Kampung Lapan terletak 441 meter dari Nissan Sales. Kampung Lapan terletak 469 meter dari Petronas, J Tun Perak. Kampung Lapan terletak 523 meter dari Kampung Enam.Selectstar Hotel 0.7km, Golden Legacy 1km, Naza Hotel 1km.

Sejarah Taman Kesidang.

Taman Kesidang terletak di dalam Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah. Kedudukannya di dalam Kg Lapan dan bersebelahan Lorong Pandan. Dibina di atas tanah kebun-kebun sayur dan sawah-sawah padi pada awal tahun tujuh puluhan dengan nama asalnya Taman Puspa. Terletak berhampiran dengan Sek Men Tun Tuah, Kg Lapan. Jumlah rumah yang dibina pada masa tersebut hanyalah berjumlah seratus lebih dan dihuni oleh orang-orang Melayu dan Cina. Hanya ada sebuah surau kayu yang dinamakan Surau Kg. Lapan. Tapak surau tersebut asalnya adalah sebuah tapak padang permainan kanak-kanak. Kebanyakan penghuni-penghuni di Taman Puspa dahulu masih lagi menginap di dalam Taman Kesidang, Kg Lapan.

Pada tahun 1990, sebuah taman baru dibina bersebelahan dengan Taman Puspa dan dinamakan Taman Saga Sek 1 dan 2 sehingga di Jalan Lorong Pandan dan Taman Anika berjumlah lebih kurang tiga ratus buah rumah. Di atas Taman Saga ini ada dua buah padang permainan kanak-kanak dan dibina sebuah lagi surau yang dinamakan Surau Mubarrak.

Pada tahun 1994 - 1995 penduduk-penduduk Taman Saga telah menubuhkan sebuah Persatuan Penduduk yang diberi nama Persatuan Penduduk Kesidang Biru yang mengambil nama baru Taman Kesidang. Ini adalah kerana DUN Tengkera telah diubah kepada nama DUN Kesidang oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Mulai 1 Jun 2010, Dewan Serbaguna PPTK membuka sayapnya untuk disewa kepada orang ramai. Untuk apa jua aktiviti anda, samada majlis perkahwinan, hari lahir, konvokesyen dan sebagainya, Dewan PPTK sentiasa bersedia untuk meraikan bersama. Bagi memenuhi aktiviti riadah anda sekeluarga, dewan ini turut menyediakan dua buah gelanggang badminton untuk disewa.

Antara tarikan berhampiran.

Wisma Syarikat Ayer Melaka, UTEM, UiTM, Kolej Profesional Mara, UTC, Stadium Hang Tuah 2 km, Tesco dan Jaya Jusco 2 km, Plaza Hang Tuah 2 km, terletak berhampiran homestay kesidang, Kampung Lapan.

Kota Laksamana 2.5 km, Cheng Ho Cultural Museum 3 km, Muzium Maritim 3.5 km, adalah tempat-tempat yang menarik berhampiran Kampung Lapan.

Sek Men. Keb. Tun Tuah 1 km, Notre Dame School 1.7 km, Catholic High School 1.7 km, adalah pusat pembelajaran (sekolah, kolej, universiti) yang terletak berhampiran Kampung Lapan.

Taman Rempah 3 km, Sungei Melaka 3.2 km, Villa Sentosa 3.5 km, adalah parks, playgrounds, medan terbuka yang terletak berhampiran Kampung Lapan.

Masjid Al Azim 4 km, Masjid Kg. Hulu 4 km, Masjid Tengkera 3 km, Masjid Pengkalan Rama 3.5 km adalah masjid-masjid utama dan bersejarah yang terletak berhampiran.

Melaka Sentral 3 km adalah pusat perhentian kenderaan awam bersepadu yang terletak berhampiran.

Hospital Besar Melaka 3.5 km, Hospital PUTRA 4.5 km, Mahkota Medical Centre 7 km dan Pantai Hospital 9 km adalah pusat-pusat perubatan utama yang terletak berhampiran dengan Kampung lapan.

Bandar Hilir 6.5 km, Dataran Pahlawan 7.5 km dan mahkota Parade 7.5 km adalah tempat pelancongan utama yang terletak berhampiran dengan Kampung lapan.

Pantai Klebang dan Muzium Maritim 6 km adalah pantai utama yang terletak berhampiran dengan Homestay Kesidang Kampung lapan.


1 comment:

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.

Post Top Ad

Pages