Melaka menjadi rebutan kuasa-kuasa besar Eropah seperti Portugal, Belanda dan juga Inggeris yang telah menjajah negeri ini sehinggalah tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Hanya dengan menziarahi Melaka barulah anda dapat merasai perjalanan nostalgia bukan sekadar menambah pengetahuan mengenai zaman kegemilangan negeri ini malah akan menjadi kenangan yang amat bermakna.
Melaka moden ditubuhkan berlandaskan pembangunan indsutri setelah dua dekad selepas kemerdekaan dan terus berkembang menuju wawasan untuk menjadi negeri industri dengan penekanan diberikan kepada industri teknologi hijau.
Pelancongan merupakan sektor kedua terpenting selepas sektor perindustrian di dalam pembangunan ekonomi negeri Melaka. Negeri Melaka yang kaya dengan sumber sejarah, kebudayaan dan kesenian menjadikan negeri Melaka tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri.
Slogan Melaka iaitu Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia secara ringkas sudah dapat memberi gambaran apa yang dapat disajikan kepada pelancong oleh penduduk berbilang kaum di sini. Kelainan ini meletakkan Negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancong yang terbilang di Rantau Asia. Pada 7 Julai 2008, Melaka juga telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai sebuah Bandaraya Warisan Dunia dan kini dikenali sebagai "Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO". Ini disokong dengan 12 Sub Sektor Pelancongan Negeri Melaka yang terkenal iaitu Pelancongan Sejarah, Pelancongan Budaya, Pelancongan Rekreasi, Pelancongan Sukan, Pelancongan Membeli-Belah, Pelancongan Konvensyen, Pelancongan kesihatan, Pelancongan Pendidikan, Pelancongan Agro, Pelancongan Makan-Makan, Pelancongan Melaka Rumah Keduaku dan Pelancongan Belia.
Pencapaian terbaik itu merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada pengusaha produk pelancongan dan sekali gus mengharumkan nama Melaka dalam industri pelancongan.
1 Comments
Bersih, jalan yang cantik, makanan
ReplyDeleteRakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.