
Keturunan. “Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.
Penuaan. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan yang menyebabkan peningkatan pengumpulan lemak di perut.
Makanan dan minuman mengandungi gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.
Tembakau boleh menyebabkan terjejasnya aktiviti penghadaman. Orang yang merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.
Stress menyebabkan keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak yang mengakibatkan perut lebih mengembang. Golongan wanita biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal. Keadaan ini mungkin juga disebabkan kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.
Perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus yang boleh menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya.
0 Comments
Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.