Ad Code

Masjid Selat - Masjid terapung di atas Selat Melaka

Minggu lepas kebetulan saya singgah sekejap di Masjid Selat, Pulau Melaka. Mungkin ramai yang masih tidak tahu mengenai kewujudan Masjid Selat di Pulau Melaka. Masjid ini terletak di atas laut yang ditambak, menghadap Selat Melaka. Masjid ini memang indah dan lokasinya di tepi laut mendamaikan lagi hati ketika berada di dalamnya. Masjid ini akan kelihatan seperti terapung di atas air sewaktu air pasang.

homestay kesidang bandar melaka



Masjid Selat yang pembinaannya menelan belanja kira-kira RM10 juta ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Sirajuddin Ibn Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 24 Nov 2006.

kesidang homestay bandar melaka

Masjid ini boleh dilihat dari darat dan dari laut, kerana terdapat pelayaran mengunakan kapal amphibia yang dikenali dengan duck tour yang berjalan di darat dan di tengah kota Melaka dan juga dapat berlayar di laut, di Selat Melaka, sehingga kita dapat melihat dan mengambil foto masjid ini dari  darat dan laut. Indahnya

Post a Comment

0 Comments