Ad Code

Pelancongan Warisan - Kampong Portugis

Kampung Portugis merupakan antara kawasan pelancongan warisan yang terkenal di Melaka dibuka pada tahun 1933. Ia merupakan kawasan penempatan semula yang didirikan oleh kerajaan bagi menempatkan nelayan-nelayan miskin Eurasian yang majoritinya berketurunan Portugis yang tinggal di sekitar Banda Hilir dan Kampung Hilir, Ujong Pasir.  

Petempatan asal masyarakat Eurasian Melaka adalah di Kampung Serani iaitu kawasan di sekitar Gereja Methodist dan Balai Bomba Melaka Tengah di Jalan Kubu sekarang. Seperti juga masyarakat Chitty, Eurasian Melaka khususnya kaum Portugis menukar kerjaya daripada pedagang kepada nelayan. Masyarakat Eurasian berketurunan Belanda pula kebanyakannya berasimilasi dengan kaum Portugis dan kaum Cina dan bertugas dalam sektor perniagaan dan kerajaan.


Pada masa kini, Kampung Portugis menempatkan 100 buah rumah (900 orang penduduk) dengan kemudahan seperti sekolah (Sacred Heart Convent), medan Portugis dan dewan masyarakat.


Post a Comment

0 Comments