Terletak kira-kira 6-7 km dari Kesidang Lia Homestay, Bandar Melaka, Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008.
Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang sementara pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50% apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam dengan setiap satu sesi putaran mengambil masa kira-kira 7 minit.
Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut.
Jangan ketinggalan untuk menaiki menara Taming Sari kerana bepeluang melihat kepesatan pembangunan di negeri Melaka, Bandaraya Warisan Dunia. Pastinya pengalaman anda ke Melaka akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.
0 Comments
Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.