Ad Code

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka

homestay di bandar melaka
Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

homestay di bandar melaka
pelan lokasi
Sebuah bangunan lama yang telah diubahsuai, kini dengan megahnya berdiri menghadap ke Padang Pahlawan pernah mencatat sejarah kemenangan di atas sebuah perjuangan; mengarah ke Selat Melaka yang biru menyelami dasar ingatan tentang sebuah Kesultanan Melayu. Itulah bangunan yang banyak rahsia terpendam di dalam gedungnya, kini dikenali sebagai . Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ini telah dibuka dengan rasminya pada 31 Ogos 1985 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.

homestay di bandar melaka
Bapa Kemerdekaan
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan diwujudkan atas usaha bersama Kerajaan Negeri Melaka dan Arkib Negara Malaysia. Bangunan Memorial ini yang dahulunya bangunan Malacca Club telah diubahsuai oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka di bawah pengawasan Arkib Negara Malaysia. Terletak di atas tapak seluas 4,333 meter persegi, bangunan Memorial ini dikelilingi oleh tinggalan-tinggalan dan binaan-binaan sejarah seperti Kota Famosa, Bukit, St. Paul, Padang Pahlawan dan Muzium Budaya atau Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka.


homestay di bandar melaka


homestay di bandar melaka

Pameran di bangunan ini juga meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Di antara barang pameran ialah dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, keratan akhbar dan bahan artifak seperti cap mohor, keris yang berkaitan dengan perjuangan mencapai kemerdekaan.

Penubuhan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan bersesuian pada masa dan tempatnya sebagai memperingati detik-detik perjuangan ke arah mencapai kemerdekaan, tambahan pula kedudukannya yang dikelilingi oleh tinggalan dan kesan-kesan sejarah tanah air yang penting.

Cadangan awal Kerajaan Negeri Melaka ialah untuk menamakannya sebagai Memorial Tunku Abdul Rahman tetapi telah diubah kepada Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Ini bersesuaian dengan satu peristiwa penting iaitu tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, yang telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Padang Pahlawan, Bandar Hilir pada 20 Februari 1956.

Memorial ini diwujudkan dalam usaha untuk mengenang kembali lembaran sejarah detik-detik perjuangan kearah mencapai kemerdekaan sehinggalah ke detik paling bersejarah di Padang Pahlawan, Bandar Hilir. Dengan kewujudan memorial ini diharap dapat memberi pengajaran kepada generasi masa kini dan akan datang untuk memahami sejarah perjuangan bangsa menuntut kemerdekaan negara dalam perspektif yang sebenarnya. Dengan cara ini para generasi muda akan dapat menghargai, menghormati dan seterusnya meneladani pengorbanan datuk nenek mereka dalam perjuangan membebaskan negara. Ini secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat kenegaraan, rasa hormat dan cintakan negara.

Memorial setinggi dua tingkat ini menyedia dan mempamerkan dokumen-dokumen sejarah yang meliputi zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke detik tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957. Bahan-bahan yang dipamerkan termasuklah dokumen sejarah, gambar, peta, keratan akhbar dan majalah, petikan filem dan lain-lain yang didapati daripada sumbangan orang ramai dan barang-barang kepunyaan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Pameran di Memorial ini terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut urutan peristiwa atau secara kronologi. Ianya bermula daripada penubuhan Kesultanan Melayu Melaka dan zaman-zaman kejatuhan serta pengundurannya ke Johor dalam usaha menentang Portugis. Beberapa siri perjuangan menentang penjajahan seperti di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak turut dipamerkan.

Terdapat juga perjuangan rakyat Persekutuan Tanah Melayu di zaman pra-kemerdekaan khususnya peranan parti-parti politik dan tokoh-tokoh seperti Dato' Onn, Tunku Abd. Rahman, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ibrahim Yaacob sehinggalah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Tayangan filem dan video mengenai peristiwa yang berkaitan dengan sejarah perjuangan kemerdekaan turut diadakan di Dewan Merdeka pada masa-masa ditetapkan. Antara filem yang ditayangkan ialah sambutan merdeka, Kemerdekaan Tanah Melayu, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Kemerdekaan Malaya dan Darurat.

Kini Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan merupakan salah satu bangunan yang menjadi tumpuan para pelawat yang ingin mengetahui sejarah perjuangan negara membebaskan diri daripada belenggu penjajahan. Di dalam memorial ini terpamer segala khazanah perjuangan bangsa untuk tatapan dan teladan generasi hari ini dan akan datang supaya mereka dapat menghargai kemerdekaan yang telah di kecapi.

Sumber: Arkib Negara Malaysia dan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Post a Comment

0 Comments