Thursday, August 17, 2017

Tuan Homestay

Jarak sebenar dua marhalah dalam Kilometer


Ukuran KM adalah ukuran baru zaman ini. Oleh itu, apabila kita ingin memakai ukuran tersebut bagi masalah fekah kita hari ini, maka rujukan muktamad ialah Fuqahak semasa hari ini kerana mereka lebih mengetahui zaman ini termasuk ukuran yang diguna pakai hari ini.

Merujuk kepada kitab-kitab Fiqh semasa hari ini, 2 marhalah ditetapkan - mengikut ukuran KM- antara 85KM – 90KM. Menurut Mu’jam Lughatul-Fuqahak tulisan Prof. Dr. Muhammad Rawas Qal’ah Ji; satu marhalah diandaikan sebanyak 24 Mil Hasyimi (atau 8 Farsakh) dan ia menyamai 44 790 Meter (yakni; 44.790 KM). Jadi, dua marhalah menyamai; 89580 Meter (iaitu lebih kurang 89 KM atau 90 KM).[1] Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam kitab Fiqhnya “al-Wajiz” menganggarkan jarak dua marhalah ialah 88.704 KM.[2]Syeikh Muhammad ‘Ali as-Shabuni menganggarkan 84 KM.[3] Wallahu a’lam.

Dijawab oleh USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL, dipetik daripada http://ilmudanulamak.blogspot.com 

Lebih terperinci; 1 Mil menyamai 1000 depa (الباع) . 1 depa menyamai 4 hasta (الذراع). 1 hasta menyamai ukuran hari ini; 46.656 cm. Jadi, 1 depa menyamai; 186.624 cm (yakni 46.656 cm x 4). Maka, jarak 1 Mil menyamai 186624 cm (iaitu 1866.24 meter atau 1.866 KM). Oleh kerana 1 Marhalah adalah 24 Mil, maka jaraknya dalam KM ialah; 44789.76 meter atau 44.790 KM. Dan dua marhalah ialah; 89580 Meter (iaitu lebih kurang 89 KM atau 90 KM). Lihat; Mu’jam Lughatul-Fuqahak, hlm. 420. Jil. 1, hlm. 266. Lihat kitab beliau “al-Fiqh asy-Syar’ie al-Muyassar”, hlm. 131.

Sumber: http://www.panduanmalaysia.com/2014/02/jarak-sebenar-2-marhalah-dalam-km.html?m=1
Sumber image: https://www.flickr.com/photos/shazaphoto/

Tuan Homestay

About Tuan Homestay -

Homestay Kesidang Lia dan Kesidang Moon menawarkan penginapan yang selesa, murah dan dekat dengan bandar. Homestay dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaam tetamu. Hubungi saya whatsapp/tel 017-9527363 untuk maklumat lanjut

Subscribe to this Blog via Email :

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.