Cari hotel, percutian dan penginapan di sini

Friday, May 3, 2013

Tips Melancong Bersama Anak-anak Dengan Kereta

Memang bagus untuk membawa anak-anak pergi bercuti terutamanya dimusim cuti panjang. Walau bagaimanapun kalau kita pergi melancong dengan membawa kanak-kanak, kadang-kadang perjalan yang sepatutnya enjoy boleh menjadi sangat stress dengan kerenah mereka. Cubalah amalkan beberapa tips ini supaya perjalanan anda yang jauh tidak akan membosankan mereka dan anda tidak akan stress.

bawa anak melancong
Sumber images: www.yummymummyclub.ca
Makanan ringan - Kebanyakan orang akan singgah di R&R atau petrol station untuk membeli makan ringan untuk bekalan sepanjang perjalanan. Walaupun ia sedap dan lazat, cuba bawa beberapa jenis makanan ringan yang dibuat sendiri di rumah. Ini juga boleh menjimatkan masa supaya kita tidak perlu berhenti di antara waktu makan. Juga, sediakan karung sampah supaya pembalut dan kulit buah-buahan boleh dibuang di dalamnya untuk menjaga kereta supaya bersih. Pastikan supaya plastik sampah mudah dicapai anak-anak.

Mainan - Jangan lupa bawa mainan kegemaran anak-anak supaya ia leka dan tidak menangis atau merasa bosan sepanjang perjalanan. Muzik - Bawa pita atau CD muzik kegemaran anak-anak anda. Lebih baik kalau ada pemain CD mudah alih, supaya satu kereta tidak perlu mendengar lagu atau cerita katun yang sama berulang-ulang.

Berhenti untuk ke bilik air - Kalau perjalan yang jauh, berhentilah di R&R atau petrol station untuk memberi peluang anak-anak anda membuang air kecil mahupun yang besar. Selagi hajat mereka tidak dilepaskan selagi itulah mereka akan merengek dan tak selesa.

Tambahan - Jika kereta anda tidak mempunyai pemain DVD, saya sangat menyarankan membeli / meminjam pemain DVD mudah alih. Ini menjadikan perjalanan anda lebih aman supaya anak-anak anda tidak akan sentiasa bertanya "Adakah kita sudah sampai?".


Thursday, April 18, 2013

10 Tips Berhemat Ketika Bercuti

Percutian barangkali adalah saat-saat dimana kita sekeluarga dapat berkumpul bersama, masa bercuti juga boleh dinikmati dengan pergi ke suatu tempat yang indah dan mempunyai suasana yang membantu kita untuk melupakan aktiviti pekerjaan maupun kuliah dan sekolah. Berikut adalah 10 tips percutian berhemat yang boleh anda jadikan panduan.

tips berhemat ketika bercuti

  1. Yang pasti, persiapan perlu dilakukan dari awal-awal lagi terutama jika anda mempunyai rencana bercuti yang cukup panjang ke luar kota apalagi ke luar negeri. Lebih panjang masa persiapannya tentu lebih baik. Jika perlu buat auto debit dari income bulanan anda selama waktu yang disesuaikan dengan besarnya dana yang diperlukan. 

  2. Biasanya mengambil pakej percutian yang disediakan oleh agensi pelancongan adalah lebih murah. Namun jika anda ingin berpergian sendiri, ketahui dahulu selok-belok tempat percutian yang dituju. Kos pengangkutan, penginapan, tempat rekreasi dan makan serta tak ketinggalan tempat belanja, menjadi titik-titik penting untuk dicatat. 

  3. Untuk kos pengangkutan dan penginapan, sangatlah baik jika anda boleh mendapatkan pakej promosi. Bahkan jika ada, rumah saudara-mara atau penduduk tempatan dan pangsapuri milik perseorangan boleh dijadikan tempat penginapan. Homestay adalah pilihan yang terbaik kerana ia menyediakan penginapan yang murah dan selesa. Anda dapat menjimatkan perbelanjaan dengan banyak, memandangkan kedua-dua perkara ini adalah kos yang paling besar. 

  4. Cermatlah dalam memilih tempat rekreasi. Cari tarikan yang memang benar-benar unik dan bagus serta merupakan ciri khas tempat tersebut. Elakkan pergi ke lokasi pelancongan yang tidak perlu dan kos tinggi. 

  5. Sama seperti tempat rekreasi, mencari tempat makan / restoran harus sesuai dengan budget yang disiapkan. Lebih baik jika anda memilih tempat yang tidak jauh dari tempat penginapan atau tempat terakhir anda sedang berkunjung. Selain menjimatkan masa, juga menjimatkan belanja. Kalau perlu anda boleh masak sendiri kerana ia lebih menjimatkan dan anda boleh memastikan kebersihan makanan yang anda makan. 

  6. Tempat belanja yang tidak popular biasanya lebih murah berbanding tempat belanja yang ramai dikunjungi pelancong. Kalau boleh terus ke pasar-pasar tradisional bahkan langsung ke tempat pembuatan / kilangnya boleh menjimatkan wang anda. 

  7. Jangan lupa, selalu membawa bekal seperti roti dan minuman air putih dalam beg. Selain lebih sihat, anda juga akan terhindar dari jajan yang tidak perlu. 

  8. Bawalah wang saku sesuai dengan budget. Dan tetap catat semua perbelanjaan anda selama perjalanan dari awal hingga akhir. 

  9. Jika anda dan keluarga mempunyai fleksibiliti masa, pertimbangkanlah untuk pergi pada masa "low season". Anda boleh mendapatkan tawaran yang menarik dan murah yang tidak boleh didapatkan pada masa "high season". 

  10. Jika budget anda saat ini tidak membolehkan untuk pergi bercuti ke tempat jauh, cuti didalam bandar boleh menjadi pilihan yang tidak kurang menarik. Banyak alternatif tempat percutian yang bersifat edukatif bagi anak-anak terutama di Bandar Melaka dan sekitarnya. Bahkan rumahpun boleh menjadi tempat percutian yang menyenangkan bagi keluarga. Buatlah acara / aktiviti yang selama ini tidak pernah dilakukan keluarga di rumah. 
Yang penting, berfikir kreatif dan merasa bahagia menjadi kunci untuk dapat menikmati masa percutian.

Tuesday, April 16, 2013

Tips Memilih Percutian di Pantai



Pastikan anda mempunyai maklumat yang cukup mengenai pantai destinasi pelancongan anda. Anda harus memikirkan mengenai penginapan, makan, aktiviti-aktiviti yang akan lakukan, pengangkutan, dan hal kecil yang lain seperti sunblock misalnya. Persiapkan perbekalan anda dan anak-anak jika anda ingin bercuti dengan keluarga. Seperti menyiapkan baju ganti, wang, pelampung, kamera, kenderaan dan lain-lain agar dapat dengan tenang selama bercuti ke pantai. Jangan sampai ada barang yang tertinggal kerana terburu-buru.

Selain mempersiapkan segala hal untuk bercuti ke pantai di atas, anda juga perlu mempertimbangkan mengenai anggaran yang anda keluarkan untuk bercuti, jika anda sudah memiliki detail maklumat mengenai pantai destinasi pelancongan, mulailah menyusun senarai bajet yang akan dikeluarkan, sehingga anda boleh mengendalikan nafsu belanja, dan memanfaatkan percutian anda dengan sebaik-baiknya.


Lihatlah cuaca, anda harus mengetahui cuaca destinasi pelancongan anda. Pantai biasanya sejuk, atau bahkan terik. Anda boleh menggunakan krim untuk melindungi diri anda dari panas matahari. JIka cuaca kurang bersahabat, anda pasti sudah mempersiapkan payung atau mantel.

Lihat agenda di kawasan pelancongan destinasi anda, akan lebih menarik jika anda melawat pantai yang mempunyai agenda tahunan, seperti labuhan, pesta laut, tarian atau masih banyak yang lain. Berkunjunglah pada masa yang tepat, baca agenda acara yang diadakan.

Berjemur di pantai memang menyenangkan, tapi anda harus tahu kapan akan berhenti. Gunakan pakaian pelindung, kacamata hitam, dan topi besar agar dapat melindungi kulit anda. Dan boleh membuat anda rileks dan santai bersama keluarga.

Tidak lengkap rasanya jika ke pantai tidak bermain ombak, namun anda harus tetap waspada dengan binatang laut yang boleh membuat kulit anda jengkel hingga robek seperti kutu laut atau obor-obor. Pastikan juga anda berhampiran dengan penjaga pantai agar dapat mengetahui info jika air pasang.

Bawalah peralatan pertolongan pertama, jika ada kejadian kecil yang tidak kita inginkan. Jangan sampai bercuti ke pantai anda rosak hanya kerana luka yang mengenai bahagian badan. Berpindah daerah dengan cuaca yang ekstrem akan membuat tubuh sukar menyesuaikan diri dan mudah diserang flu. Maka anda perlu menyiapkan ubat-ubatan.

Pilihlah antara percutian hemat atau percutian nikmat. Nikmat dengan kos yang mahal, penginapan mewah, kemudahan lengkap atau sebaliknya, memilih percutian hemat tetapi anda mempunyai teknik tersendiri untuk menikmati percutian anda.

Wednesday, April 10, 2013

Buat Semakan Pusat Mengundi Dan Saluran Mulai 15 April 2013

PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Orang ramai boleh mula membuat semakan mengenai pusat dan saluran mengundi bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) mulai 15 April, menerusi laman web dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Semakan boleh dibuat di laman web SPR www.spr.gov.my dan portal rasmi PRU13 di www.pru13.gov.my serta melalui sms dengan menaip SPR jarak SEMAK jarak NO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.

Tiga kemudahan tambahan SMS turut disediakan oleh SPR iaitu, bagi pengguna Celcom boleh hantar ke 29292, pengguna Maxis hantar ke 33080 dan 22789 manakala pengguna Digi ke 33080.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata selain semakan menerusi laman web dan SMS, pengundi juga boleh menelefon ke ibu pejabat SPR di talian 03-88856565 atau pejabat pilihan raya negeri.

Beliau berkata daftar pemilih pilihan raya dalam bentuk cakera padat (CD) pula akan mula dijual pada 15 April dan dalam bentuk buku pada 19 April.

"Maklumat-maklumat lain berhubung dengan pilihan raya umum kali ini juga akan dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh ibu pejabat SPR atau pengarah-pengarah pilihan raya negeri atau pegawai-pegawai pengurus pilihan raya," katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Daftar pemilih yang akan digunakan bagi PRU13 ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2011, Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama, Suku Tahun Kedua dan Suku Tahun Ketiga dan Suku Tahun Keempat 2012.

-- BERNAMA

Tuesday, April 2, 2013

Sah Parlimen Bubar Hari Ini

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuatkuasa Rabu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

Datuk Ser Najib berkata beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 pada hari Selasa lepas. Beliau turut menasihati semua kerajaan negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac 2012 sementara Sarawak baru sahaja mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2012.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian.

Sunday, March 24, 2013

Rancang Pelancongan Anda


rancang pelancongan anda
Pernahkah anda merancang secara teratur apabila hendak pergi melancong terutamanya bersama keluarga. Sekiranya anda mengikuti rombongan pelancong, segalanya telah diatur dan mudah untuk anda. Sekiranya anda sendiri perlu mengatur program pelancongan anda, adakalanya ia amat memeningkan.
Apa faedahnya merancang pelancongan anda.
  • Untuk memastikan itinerary berjalan lancar. Sekiranya anda dari Kedah atau Kelantan dan perjalanan anda ke Melaka mengambil masa 12 jam, anda mungkin perlu menginap 3 hari 2 malam. Oleh itu anda perlu mengambil cuti selama 2 hari kalau program anda termasuk Sabtu dan Ahad, atau memadai 1 hari kalau kebetulan hari Jumaat atau Isnin kebetulan hari cuti.

  • Untuk memastikan budget anda mencukupi. Pertama sekali anda ingin pelancongan yang bagaimana. Adakah anda ingin menginap di hotel lima bintang yang lengkap dengan kolam renang dan sebagainya, atau memadai menginap di homestay yang kosnya jauh lebih murah tapi tetap selesa. Adakah anda ingin makan di tempat-tempat makan yang eksklusif atau anda boleh berjimat dengan memasak sendiri. Cara yang terbaik ialah buat lakaran itinerary dan perbelanjaan dan buat penyesuaian apa yag hendak anda lakukan dan apa yang anda mampu.

  • Untuk memastikan anda dapat pergi ke tempat-tempat yang sememangnya anda hendak pergi. Tanpa perancangan yang teliti mungkin anda akan terlepas beberapa tempat menarik yang sepatutnya anda kunjungi.

  • Sesetengah orang suka singgah ke sana dan kemari dalam perjalanan. Banyak tempat yang ingin disinggahi tanpa memikirkan bahawa ianya akan memakan masa perjalanan anda untuk sampai ke tempat yang di tuju. Sekiranya anda memang orang yang suka singgah ke sana kemari dalam perjalanan, pastikan ianya telah diambil kira supaya masa yang cukup diperuntukkan ditempat yang anda hendak lawati.

Contoh teknik membuat budget untuk melancong.


Tarikh Hari Program Minyak dsb Tiket Makan Penginapan
29 Mac Jumaat Bertolak dari Kota Bahru Ke Melaka. Menginap di Homestay Kesidang 100.00 0.00 50.00 180.00
30 Mac Sabtu
Bandar Hilir dan Dataran Pahlawan
Melawat muzium, memorial kemerdekaan, muzium samudera, muzium islam dsb
River Cruise, Menara Taming Sari, Duck Tours
Wild Life Theatre


20.00






50.00



70.00


50.00




100.00




180.00
31 Mac Ahad
Zoo Melaka, Taman mini Malaysia, Kg, Buku, Planetarium, Taman Buaya, Taman Rama-rama
Balik Ke Kota Bahru
20.00




100.00
50.00




0.00
50.00




50.00



0.00
Jumlah 240.00 220.00 250.00 360.00


Dan jangan sesekali lupa perkara-perkara berikut:

One-off items:
Kos
Jajan
50.00
Cenderahati
100.00
Perubatan
50.00
Kecemasan
200.00
Jumlah
400.00

Ini hanyalah contoh yang anda boleh buat ubtuk mengira keperluan budget pelancongan anda. Anda mungkin ada teknik yang lebih baik lagi. Sekiranya anda ada teknik yang lebih baik apa kata kongsikannya dengan kami.

Monday, March 18, 2013

Tambahan Bonus Sebulan Gaji Untuk Kakitangan PNB

Kakitangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan menerima bonus tambahan sebulan gaji bagi tahun 2012, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pemberian bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada bonus tahun lepas akan menyuntik semangat warga PNB untuk meneruskan pencapaian kumpulan itu selama 35 tahun.

Selain pemberian bonus, Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa seramai 2,474 anak kakitangan PNB berumur 23 tahun ke bawah dan masih belum bekerja akan menerima RM1,000 seorang dalam bentuk unit Amanah Saham 1Malaysia bagi tahun ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, juga melancarkan perkhidmatan terbaharu berkaitan pewarisan unit amanah, iaitu Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASBN) yang mana bakal memberi manfaat kepada 11 juta pemegang unit berkenaan.

Katanya, Hibah Amanah dikhususkan kepada pemegang unit beragama Islam sementara Pengisytiharan Amanah kepada bukan Islam.


Tuesday, March 12, 2013

Keputusan STPM 2012 diumumkan Isnin 18 Mac 2013

STPM 2012 resultSeramai 51,673 calon yang menduduki peperiksaan STPM pada 2012 akan mengetahui keputusan mereka pada Isnin, 18 Mac 2013 ini. Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) semalam, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos. Calon boleh juga menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Cara untuk mendapatkan keputusan melalui SMS:

Taip STPM RESULT No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

Keputusan juga boleh diperoleh dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari, hari yang sama. 

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan jam 12 tengah hari pada hari sama di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor. 

Dari seramai 51,673 calon yang menduduki STPM di 760 pusat pemeriksaan pada 2012, sejumlah 47,708 terdiri dari calon sekolah kerajaan, 1,112 sekolah swasta, 2,795 persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri. 

Sumber berita- BERNAMA

Monday, March 11, 2013

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) 2013 Kakitangan Awam Yang Diawalkan

Gaji Tahunan Kakitangan Awam

Kerajaan telah bersetuju untuk memberi satu kenaikan gaji tahunan (KGT) 2013 yang diawalkan kepada semua penjawat awam mulai 1 Julai 2013. Ini bermakna semua penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80.00 hingga RM320.00.

Datuk Seri Najib Razak hari ini memaklumkan inisiatif yang diumumkan ini adalah sebahagian dari system saran baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformasi (STI).

Berita baik yang di tunggu oleh kakitangan awam mengenai kenaikan gaji tahunan tersebut telah disampaikan oleh Datuk Seri Najib Razak sendiri pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke 13 yang bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020’ di Putrajaya semalam.

Wednesday, March 6, 2013

Panduan Solat Jamak Ketika Melancong

panduan solat jamak
Pergi melancong bersama keluarga memang menyeronokkan. Walau bagaimanapun sebagai muslim, kewajiban sembahyang mesti dijaga sebaik-baiknya. Semasa melancong atau musafir kita dibenarkan atau dibagi kemudahan untuk melakukan solat jamak dan qasar. Panduan solat jamak ketika melancong diharap dapat membantu anda untuk melakukan solat jamak dan qasar dengan lebih sempurna.

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar

Makna Jamak ialah dihimpunka dan Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:-

"Sahaja aku musafir kerana Allah Talla”

Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.


Jamak Takdim dan diQasarkan (dipendekkan)

Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim. Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Talla".

Jamak Takhir dan diQasarkan (dipendekkan)

Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir. Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:-
"Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
  • Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
  • Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (dipendekkan)

Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
  • Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
  • Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Talla".

Jamak takhir dan diqasarkan (dipendekkan)

Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir. Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhi
"Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
  • Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
  • Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Monday, February 18, 2013

Muzium Islam Melaka, tempat menarik di Melaka perlu di lawati .


Kesidang Lia homestay di Bandar Melaka
Bangunan Muzium Islam ini dibina pada tahun 1850
Muzium Islam Melaka merupakan antara tempat menarik di Melaka yang sering dikunjungi pelancong. Muzium ini terletak di Jalan Kota, berhadapan ibu pejabat Polis Pelancong dan hanya beberapa minit berjalan kaki dari The Stadthuys. Muzium ini terletak di bangunan tiga tingkat yang dibina pada tahun 1850 dan telah diwartakan sebagai antikuiti dibawah Akta Antikuiti 1976.

Tetamu Kesidang Lia Homestay di Bandar Melaka memang sering menjadikan muzium-muzium yang terdapat di Bandar Hilir seperti Muzium Islam ini sebagai tempat yang mesti dikunjungi.

jakmashomestay.blogspot.com
huruf2 Al Quran yang ditulis besar
Di Muzium ini, terdapat 8 buah ruang pameran yang setiap satunya mempunyai tema tersendiri. Bahan pamerannya yang disusun mengikut kronologi tentang kedatangan Islam di Melaka dan bagaimana ia tersebar ke seluruh negara. Ia juga menunjukkan hubungan Melaka dengan pusat Islam yang lain seperti China, India, negara-negara Arab dan Asia Tenggara.

Selain itu terdapat juga kitab suci Al-Quran yang bersaiz besar dimana setiap hurufnya adalah sebesar empat hingga lima inci. Juga terdapat salinan Al-Quran dalam bahasa Mandarin dan Al-Quran yang ditulis tangan. Terdapat juga buku-buku yang diterbitkan mengenai Islam dipamerkan di muzium ini. Di salah sebuah ruang pameran ini terdapat artifak Islam seperti kotak mempamerkan keris yang diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran, wang syiling dan senjata yang diukir dengan kaligrafi khat dan ayat-ayat suci Al-Quran.

Enhanced by Zemanta

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons