Kompleks Oceanarium bakal jadi ikon pelancongan baharu Melaka

Bernama melaporkan Melaka bakal mempunyai sebuah ikon pelancongan terbaru dan unik dengan pembinaan Kompleks Oceanarium bernilai RM20 juta di Jalan Bunga Raya Pantai berhampiran Sungai Melaka di sini.

Kompleks tersebut dilengkapi pelbagai ciri unik termasuk terowong akuarium terpanjang di dunia iaitu sepanjang 160 meter, akuarium yang menempatkan terumbu karang sepanjang 30.5 meter, menempatkan lebih daripada 1,000 spesis hidupan laut seperti ikan dan karang. Kompleks yang akan dibangunkan tanah seluas 0.4 hektar oleh Kerjaya Hotel Sdn. Bhd. itu dijangka siap sepenuhnya pada November 2014.

Homestay Bandar Melaka
 Photo used under Creative Commons from sheilaellen
Menurut Ketua Menteri Melaka, pembangunan Kompleks Oceanarium yang akan dibina bersebelahan bangunan The Shore setinggi 42 tingkat itu bakal mengubah landskap Sungai Melaka sedia ada seterusnya merealisasikan pembangunan fasa kedua sungai berkenaan.

Katanya, pembinaan kompleks berkenaan juga akan melibatkan pembangunan beberapa infrastruktur awam seperti pembinaan jambatan baharu menghubungkan Jalan Bunga Raya Pantai ke Jalan Tun Ali dan Jalan Kilang, pembinaan jeti dan kauter tiket baru bagi Melaka River Cruise serta menaik taraf Stesen Monorail Hang Tuah.

Kompleks Oceanarium bakal jadi ikon pelancongan baharu Melaka Kompleks Oceanarium bakal jadi ikon pelancongan baharu Melaka Reviewed by Homestay Keretasewa on 6:30:00 AM Rating: 5

No comments

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.