Pergi bercuti bersama keluarga adalah satu pengalaman yang
menyeronokkan dan dapat menyatukan seluruh ahli keluarga.
Walaubagaimanapun dalam keadaan ekonomi yang agak ketat sekarang,
kebanyakan keluarga mempunyai budget melancong yang ketat. Mereka
mungkin berfikir mereka tidak mampu untuk bercuti bersama semua ahli
keluarga, tapi anggapan ini sebenarnya tidak benar. Adalah penting
untuk mengambil cuti supaya dapat menghilangkan tekanan dan kebosanan
kerja seharian dan sekolah. Pergi bercuti bersama keluarga ke
tempat-tempat menarik supaya anda dapat luangkan masa untuk bergembira,
ketawa bersama, mengeratkan lagi silatur-rahim serta mengurangkan
tekanan.
Jangan beranggapan kanak-kanak tidak mempunyai tekanan. Kerja sekolah
yang tak habis-habis, homework, tekanan dari kawan-kawan malah
kadang-kadang dari keluarga untuk mencapai keputusan yang terbaik di
sekolah boleh menyebabkan tekanan kepada mereka sama sahaja bagaimana
kita merasa tekanan akibat kerja di pejabat dan juga di rumah. Dengan
sedikit kreativiti, kita boleh membawa semua ahli keluarga pergi
bercuti dan bergembira bersama tanpa perlu mengeluarkan belanja yang
besar.
Menginap di homestay boleh menjimatkan perbelanjaan percutian anda
bersama keluarga. Kebanyakan homestay di Bandar Melaka dilengkapkan
dengan bilik berhawa dingin, bilik mandi yang selesa, TV, peralatan
memasak dan makan, mesin basuh, peti ais malah ada yang menyediakan
ASTRO dan juga internet. Kesidang homestay di Bandar Melaka juga
menyediakan toto dan bantal tambahan untuk ahli rombongan yang ramai
serta diskaun 20% tiket River Cruise Melaka.
Percutian bersama keluarga boleh diibaratkan
sebagai gam yang akan menyatukan seluruh ahli keluarga semasa keadaan
sibuk dan tertekan sepanjang tahun. Merancang percutian bersama
keluarga sekali atau dua kali setiap tahun boleh menghindarkan tekanan
dan menimbulkan rasa harmoni dan bersatu di kalangan ahli keluarga.
Percutian tidak semestinya mahal tapi nilainya lebih mahal dari
sejongkong emas.
0 Comments
Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.