Tuesday, October 30, 2012

Tuan Homestay

Tempat Menarik Di Ayer Keroh



homestay di bandar melaka
Melaka Wonderland
Melaka Wonderland Theme Park & Resort 

Melaka Wonderland Theme Park & Resort terletak di Ayer Keroh Melaka merupakan salah satu taman tema air terbaru yang di buka dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelancong luar mahupun penduduk setempat.  Ia juga menawarkan pengalaman taman air kepada semua orang, keluarga, anak-anak, remaja dan mereka yang gemarkan thrill. Dari water slides berkelajuan tinggi ke tranquil greenery, Melaka Wonderland Theme Park & Resort menjanjikan keseronokan berpenjangan kepada semua pengunjungnya. 


Antara tarikan di Melaka Wonderland
Taman tema yang unik ini mempunyai 16 tarikan utama iaitu Tornado Chaser (1st Malaysia), Lazy cum Crazy river, 1 Big Wave pool, Adventure Island dan dikelilingi hutan rekreasi semulajadi seluas 360 hektar.


Zoo Melaka 

Zoo Melaka
Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ketika ini, terdapat kira-kira 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Antara tarikan utama di Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa.  

Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur. 


Zoo Melaka juga ada menganjurkan safari malam pada setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad supaya pengunjung boleh melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara jam 8:00 - 11:30 malam.

Taman Rama-Rama Dan Reptilia Melaka 


homestay di bandar melaka
Pintu masuk Taman Rama-Rama
Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di kawasan Ayer Keroh ialah Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang menjadi tempat tinggal berbagai spesies rama-rama dan reptilia.

Pengunjung bukan sahaja boleh melihat 
rama-rama, juga boleh menyaksikan pelbagai jenis reptilia termasuk ular, kala jengking labah-labah, dan ratusan jenis serangga yang akan membuatkan pengunjung merasa geli geleman.


Taman Mini Malaysia Dan Taman Mini Asean

homestay di melaka

Taman Mini Malaysia, boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, adalah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia dimana setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.


homestay di melaka

Pelawat akan berpeluang menyaksikan sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Kraftangan ini turut menjadi bahan untuk membolehkan pelawat mengenali setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pakaian tradisional turut dipamerkan di dalam beberapa buah rumah untuk tontonan umum. Selain rumah-rumah tradisional ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain permainan tradisional.

Walaupun dari pandangan umum semua rumah ini nampak seakan-akan sama, mereka sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri.
  

Taman Botanikal Melaka

homestay kesidang melaka
Pintu masuk Taman Botanikal
Taman Botanikal dahulunya  terkenal sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh yang mempunyai keluasan 92.5 hektar.  Antara yang terdapat di Taman Botanikal ini ialah:
  • Penyediaan kompleks tempat letak kereta
  • Destinasi pelancongan yang menawarkan kedamaian dan ketenangan.
  • Pembangunan taman-taman bunga dan kemudahan-kemudahan lain untuk tatapan pengunjung.
  • Menawarkan pelbagai aktiviti untuk berekreasi dan beriadah sambil menikmati udara segar.
  • Kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan.
  • 300 spesis flora dan fauna.

Antara landscape menarik yang ada di Taman Botanikal
Terdapat 5 taman utama di sini iaitu: 
  • Taman Keladi
  • Taman Orkid
  • Taman Helicornia
  • Taman Buluh
  • Taman Herba



Taman Buaya Melaka 

homestay kesidang di melaka

Taman Buaya Melakamenempatkan kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka. Pengunjung boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk. 


Selain dari tarikan utamanya iaitu buaya, Taman Buaya juga mempunyai Taman Permainan Air dan ianya terbuka kepada semua pengunjung. Taman ini mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara 1.5' dan 2.5'. Lain-lain tarikan di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.

Dataran Sejarah Melaka, Ayer Keroh, Melaka


Dataran Sejarah adalah satu lagi mercu pusat kegiatan riadah dan kebudayaan untuk digunakan dan dinikmati oleh rakyat umum. Terletak 3 km dari pintu masuk utama Melaka melalui lebuhraya utara/selatan, di kawasan rekreasi Ayer Keroh, 

Dataran Sejarah dilengkapkan dengan Padang Dataran, Bangunan Utama, Menara Jam, Pentas Lintas Hormat, Amfiteater, Laman Seni, Wakaf, Balai Pameran, Tempat Letak Kereta dan Tandas Awam. Komponen-komponen Dataran Sejarah Melaka ini boleh disewakan secara berasingan kepada sesiapa yang berminat.

Enhanced by Zemanta

Tuan Homestay

About Tuan Homestay -

Homestay Kesidang Lia dan Kesidang Moon menawarkan penginapan yang selesa, murah dan dekat dengan bandar. Homestay dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaam tetamu. Hubungi saya whatsapp/tel 017-9527363 untuk maklumat lanjut

Subscribe to this Blog via Email :

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.