Kolej Profesional MARA, Bandar Melaka

KPPM terletak bersebelahan UiTM kampus bandar iaitu di bangunan Graha Maju yang dahulunya menempatkan Syarikat Air Melaka. Jaraknya dengan homestay kesidang adalah kira-kira 10 minit perjalanan atau lebih kurang 3 km.

KPMBM menawarkan kursus Diploma in Entrepreneurship (DEN) dan Diploma In Islamic Banking and Finance (DBF). KPMBM diwujudkan untuk merealisasikan suatu visi menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi yang berkualiti bagi melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak mulia, dinamis dan berdaya keusahawanan bagi memenuhi keperluan negara. Motto KPMBM ialah Keusahawanan Pilihan Masyarakat Berdaya Maju.

Lulusan KPMBM biasanya memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan selepas tamat pengajian manakala kira-kira 30% melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sama ada di universiti di dalam negeri mahupun di luar negeri. Adalah menjadi harapan KPMBM untuk meningkatkan kualiti pencapaian pelajar, menambah kecekapan tadbir urus dan menerapkan nilai-nilai keusahawanan melalui latihan dan pendidikan keusahawanan yang berterusan..


Kolej Profesional MARA, Bandar Melaka Kolej Profesional MARA, Bandar Melaka Reviewed by Homestay Keretasewa on 9:24:00 PM Rating: 5

2 comments

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.