Wednesday, March 7, 2012

Tuan Homestay

SBPA di mansuh SSM dikekalkan dengan beberapa pembaikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun ini dimansuhkan. Perkara ini diumumkan semasa perjumpaan khas Perdana Menteri bersama penjawat awam. SBPA yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 Januari 2012 telah menimbulkan rungutan dan rasa tidak puas hati ramai kakitangan awam terutama golongan bawah.

Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah seperti berikut:

  1. Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam gred 1-54 antara RM80 - RM320.
  2. SBPA dibatalkan. Skim gaji dikekalkan kepada SSM tetapi akan ditambahbaik.
  3. 1 Suruhanjaya akan ditubuhkan untuk mengkaji skim perkhidmatan awam.
  4. Disebut pelarasan gaji SSM gred 1-54 kepada 13% berdasarkan gaji pokok semasa. Kenaikan sebanyak 9% untuk JUSA C, B dan A. 8 % untuk TURUS 3 dan 2 dan 7% untuk TURUS 1 termasuk KSN.
  5. SSM diubah dari Tangga Gaji Matriks kepada Tangga Gaji Sebaris (SBPA).
  6. Kadar Cola Kawasan B dinaikkan RM50 kepada RM250 dan kawasan C dinaikkan RM50 kepada RM150. Kawasan A kekal.
  7. BISP, PITK, PIW & BIP dikekalkan pelaksanaannya.
  8. Kenaikan pangkat guru secara Time-Based.

Tuan Homestay

About Tuan Homestay -

Homestay Kesidang Lia dan Kesidang Moon menawarkan penginapan yang selesa, murah dan dekat dengan bandar. Homestay dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaam tetamu. Hubungi saya whatsapp/tel 017-9527363 untuk maklumat lanjut

Subscribe to this Blog via Email :

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.