Ad Code

Kereta Baru Datuk Lee Chong Wei.

Datuk Lee Chong Wei bukan sahaja terkenal dengan ketajaman smashnya semasa bermain badminton, tetapi di luar gelanggang, beliau juga adalah peminat kereta sport.

Beberapa berita yang tersiar di laman internet baru-baru ini, menyiarkan berita beliau telah membeli sebuah kereta sport baru Ferari F430 yang mula di tayangkan pada umum semasa Paris Motor show 2004. Kereta ini dijana oleh enjin 4.3L V8 dan mampu mengeluarkan kuasa sehingga 480 kuasa kuda. Wow!!! Tak dapat nak bayangkan....


Boleh bergerak dari 0-100km dalam 4 saat dengan kelajuan maksima boleh mencecah 315 km/jam, kereta ini berharga lebih kurang RM1.6 juta..... datuk Lee Chong Wei juga sebelum ini mempunyai sebuah Nissan GTR yang khabarnya telah dijual untuk membeli Ferari tersebut. beliau juga mempunyai sebuah BMW X6 coupe dan sebuah Proton Inspira berwarna hitam yang dihadiahkan oleh Proton ketika menjuarai Terbuka Malaysia tahun lepas.

Post a Comment

0 Comments