Wednesday, January 4, 2012

Tuan Homestay

Terbaru di Melaka - Muzium Kapal Selam

Muzium Kapal Selam Melaka

http://jakmashomestay.blogspot.com

Melaka kini mempunyai satu lagi tarikan untuk dikunjungi. Terbaru Muzium Kapal Selam yang akan menambahkan lagi bilangan muzium sediada di Melaka selain Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Muzium Samudera, Muzium Kesultanan Melayu Melaka dan banyak lagi muzium yang selama ini menjadi tumpuan pelancong.

Terletak di Dataran 1Malaysia, Klebang, pembukaan Muzium Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 22 November lalu sudah cukup membuatkan rakyat negara ini terutama rakyat Melaka berbangga.

Selepas menempuh pelayaran selama 31 hari dari pelabuhan Brest, Perancis, kapal selam seberat 1,200 tan tersebut akhirnya tiba di perairan Selat Melaka pada 12 November lalu.

Disebabkan proses untuk mengangkut kapal selam terbabit menelan belanja RM12.6 juta dan pertama kali dilakukan, kerja-kerja mendaratkan memakan masa yang lama apabila ia perlu dilakukan dengan teliti.

Muzium Kapal Selam pertama itu dibuka semula kepada orang ramai pada Ahad lepas dengan bayaran RM1 bagi dewasa manakala 50 sen bagi kanak-kanak selepas ditutup sementara bulan lalu bagi proses penyelenggaraan.

Dalam tempoh dua hari itu, seramai 2,800 pengunjung telah melawat muzium itu dan berdasarkan sambutan yang menggalakkan ini, beliau percaya ia boleh menjadi produk pelancongan utama negeri dan menjana pendapatan jutaan ringgit setahun.

Tuan Homestay

About Tuan Homestay -

Homestay Kesidang Lia dan Kesidang Moon menawarkan penginapan yang selesa, murah dan dekat dengan bandar. Homestay dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaam tetamu. Hubungi saya whatsapp/tel 017-9527363 untuk maklumat lanjut

Subscribe to this Blog via Email :

2 comments

Write comments
January 25, 2012 at 8:43 PM delete

wow...menariknya kapal ni..kena pergi ni...

Reply
avatar
muhalith hpa
AUTHOR
January 26, 2012 at 3:40 AM delete

Memang menarik sbb inilah satu-satunya muzium kapal selam di malaysia buat masa ini...

Reply
avatar

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.