Ad Code

Perkuburan Belanda Bandar Hilir

Terdapat sebuah perkuburan  iaitu Kubur Belanda yang terletak di Bandar Hilir bersebelahan dengan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka. Kubur ini digunakan pada akhir suku kurun ke-17 dan terdapat 5 kubur Belanda dan 33 kubur British di dalam kawasan ini.



Tanah perkuburan ini digunakan pada dua peringkat iaitu di antara 1670-1682 dan 1818-1838. Di antara kubur yang menjadi tarikan ialah kubur yang mempunyai menara yang tinggi yang mana merupakan kubur dua orang pegawai British yang mati semasa Perang Naning.

Post a Comment

0 Comments