Monday, December 12, 2011

Tuan Homestay

Membeli-belah di Jonker Walk - Shopping Street Yang Bercirikan Tradisional

Terletak kira-kira 5 - 6 km dari Kesidang Lia Homestay, bandar Melaka, shopping street yang bercirikan tradisional terutamanya di Jalan Hang Jebat (Jonker Street) dan Jalan Tun Tan Cheng Lock (Hereen Street) serta lorong-lorong di dalam kawasan antik Melaka. Kewujudan pelbagai kedai antik, kraftangan dan cenderamata di kawasan Jalan Tun Tan Cheng Lock – Jalan Hang Jebat – Jalan Tukang Emas – Jalan Tukang Besi dan Jalan Tokong mencerminkan keunikan yang tersendiri.

Kewujudan aktiviti-aktiviti perniagaan dalam bangunan warisan yang berkonsepkan ‘adaptive re-use’ (Adaptasi Guna Semula) ini dapat menambah keceriaan disamping menarik pelancong dan pengunjung serta seterusnya menjana pertumbuhan dalam sektor ekonomi.  Selain itu, penutupan Jalan Hang Jebat (Jonker Street) pada malam Jumaat dan Sabtu serta sepanjang hari pada hari Ahad bagi tujuan ‘pasar budaya’ (Cultural Market) membantu kedatangan pengunjung dan peningkatan ekonomi kerana keunikan yang tersendiri terutamanya dari ‘streetscape’nya.  


bandar melaka homestay

homestay bandar melaka

Jadi bila anda berada di Melaka, jangan lupa untuk membeli cenderahati sebagai kenangan yang boleh disentuh dan boleh diceritakan kepada yang lain. Kata orang, sekeping gambar menceritakan seribu perkataan. Jadi, berapa banyak yang boleh cenderahati itu ceritakan? Mungkin lebih banyak dari yang disangkakan? Tepat sekali. Kami mahu anda membawa balik cenderahati ke tanah air anda untuk mengingatkan anda tentang Melaka dari semasa ke semasa.





Jonker Walk terkenal dengan barangan antiknya. Anda perlu berjalan menyusuri deretan kedai yang terkenal dengan barangan antik, untuk mendapatkan barangan antik dengan harga yang murah. Anda boleh mencari sesuatu dari masa lampau kepada koleksi kipas dekoratif, kraftangan dan bakul bertingkat Baba. Anda akan terpukau dengan pemeliharaan yang cermat  keatas barangan zaman silam dan terpegun dengan perjalanan sejarahnya.

Tuan Homestay

About Tuan Homestay -

Homestay Kesidang Lia dan Kesidang Moon menawarkan penginapan yang selesa, murah dan dekat dengan bandar. Homestay dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaam tetamu. Hubungi saya whatsapp/tel 017-9527363 untuk maklumat lanjut

Subscribe to this Blog via Email :

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.