Di mana anda akan melancong pada cuti persekolahan awal bulan hadapan. Jika masih tercari-cari, maka Melaka merupakan pilihan terbaik untuk anda.
Menurut kenyataan akhbar sempena Pra-Pelancaran Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2015, lebih satu juta pelancong disasarkan menghadiri pelbagai
acara menarik yang diatur sepanjang Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2015
bermula 30 Mei hingga 14 Jun 2015. Festival anjuran kerajaan negeri Melaka yang
telah memasuki tahun kesembilan ini membabitkan 10 acara bertaraf antarabangsa
dan 20 acara domestik.
YAB Datuk Seri Ir. Haji Idris Bin Haji Haron, Ketua Menteri
Melaka berkata, sasaran berkenaan adalah realistik kerana Festival Antarabangsa
Sungai Melaka sentiasa dinanti-nantikan oleh pelancong berikutan keunikan acara
dan aktiviti yang diatur. Pada tahun lalu lebih 600,000 pengunjung hadir ke
Festival Antarabangsa Sungai Melaka dan jumlah ini dijangka meningkat kerana
penganjurannya diadakan pada musim cuti persekolahan.
“Antara aktiviti yang menjadi tumpuan pelancong adalah dua
acara ikon iaitu Perarakan Bot Berhias dan Melaka Parade yang akan menambah
ceriakan suasana Sungai Melaka dan juga memaparkan keunikan budaya masyarakat
negeri Melaka daripada pelbagai etnik,” katanya. Menurut Idris lagi,
acara-acara lain yang turut mendapat sambutan hebat adalah ‘Remote Control Powerboat’,
Pertandingan Perahu Naga, Marathon Antarabangsa Sungai Melaka, Pertandingan
Ratu Kebaya dan Persembahan Kebudayaan dan Kesenian Pelbagai Kaum.
Beliau turut
melaporkan , Acara paling utama dan istimewa pada tahun ini ialah Majlis
Perasmian Festival Antarabangsa Sungai Melaka pada 30 Mei 2015 yang akan
memaparkan Epik Sejarah Melaka. Majlis perasmian ini akan disempurnakan oleh
Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang di-Pertua
Negeri Melaka dan turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan pada malam 30 Mei
2015. Perasmian berkenaan akan turut disertai dengan persembahan artis popular
dari pelbagai kaum, persembahan kebudayaan dan kesenian dan cabutan bertuah
yang menawarkan hadiah menarik untuk pengunjung bertuah.
Para pelancong dari dalam dan luar negara adalah
dijemput hadir ke Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2015 dan mereka
digalakkan merancang jadual pelancongan
agar tidak terlepas peluang untuk menyertai dan menyaksikan pelbagai acara yang
dianjurkan.
0 Comments
Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.