Ad Code

Dataran Pahlawan di Bandar Hilir, Melaka



Dataran Pahlawan di Bandar Hilir merupakan tempat berlangsungnya suatu perhimpunan raksasa pada 20 Februari 1956. Di hadapan dataran ini terdapat Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

Perhimpunan ini merupakan suatu perhimpunan yang paling bersejarah bagi negara kita. Peristiwa ini adalah untuk menyambut kepulangan Rombongan Merdeka dari London yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Dalam perhimpunan itu, beliau mengumumkan tarikh kemerdekaan negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.
Photo used under Creative Commons from mynikfoto
Di bawah dataran terdapat sebuah pusat membeli belah iaitu Dataran Pahlawan Megamall yang antara lainnya terdapat sebuah panggung wayang, Golden Screen Cinemas. Bertentangan dengan Dataran Pahlawan terdapat sebuah lagi pasaraya iaitu Mahkota Parade dan sebuah hotel di sebelah dataran iaitu Hotel Equatorial Melaka, Kota A Famosa dan Menara Taming Sari.

Kota A Famosa

Post a Comment

0 Comments