Dari Kesidang Lia Homestay Bandar Melaka ke Bandar Hilir juhnya ialah 5.6 km kalau ikut Jalan Tun Mutahir dan paling jauh ialah 8.7 km kalau ikut Jalan Syed Abdul Aziz. Dalam keadaan biasa perjalanan mengambil masa lebih kurang 14 minit sahaja. Kalau ikut Jalan Syed Abdul Aziz perjalanannya mungkin akan mengambil masa lebih kurang 17 minit dalam keadaan traffik biasa. Tetamu Kesidang Lia Homestay di Bandar Melaka amat dialu-alukan untuk mengunjungi Muzium Islam dan lain-lain muzium yang ada di Bandar Hilir untuk menimba pengalaman dan meluaskan pengetahuan mengenai sejarah silam.
Melaka mempunyai pelbagai jenis muzium yang menarik untuk dilawati. Maklumat berkenaan muzium-muzium tersebut boleh dilihat di bawah:
Muzium Islam Melaka

Di Muzium ini, terdapat 8 buah ruang pameran yang mempunyai temanya yang tersendiri. Bahan pamerannya yang disusun mengikut kronologi kedatangan Islam di Melaka dan bagaimana ia tersebar ke seluruh negara. Ia juga menunjukkan hubungan Melaka dengan pusat Islam yang lain seperti China, India, negara-negara Arab dan Asia Tenggara.

Di salah satu ruang pameran, terdapat artifak Islam seperti kotakmempamerkan keris yang diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran, wang syiling dansenjata yang diukir dengan kaligrafi khat dan ayat-ayat suci Al-Quran.
Istana Kesultanan Melaka

Muzium tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja.
Antara bahan pameran yang terdapat di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka, senjata Melayu, pakaian perkahwinan tradisional Melayu, model Istana Sultan Mansur Shah, barangan kemas dan barangan loyang.
Kompleks Muzium Stadthuys

Bangunan ini yang terletak di Bandar Hilir kini dijadikan kompleks muzium yang mempunyai lima buah muzium berasingan di dalamnya.
Muzium-muzium tersebut adalah:
Muzium Sastera
Muzium Sejarah dan Ethnografi
Muzium Pemerintahan Demokrasi
Galeri Laksamana Cheng Ho
Muzium Yang Di-Pertua Negeri
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Terletak di Bandar Hilir, Melaka dan berhampiran dengan tempat-tempat bersejarah yang lain seperti Kota A'Famosa dan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka dan berhadapan dengan Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ini dibuka dengan rasminya pada 31 Ogos 1985 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.
Memorial ini yang bertempat di dalam bangunan yang dibina pada 1911 ini adalah untuk mengenang dan memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang kebebasan dan kemerdekaan dari penjajah.
Pameran di bangunan ini juga meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Di antara barang pameran ialah dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, keratan akhbar dan bahan artifak seperti cap mohor, keris yang berkaitan dengan perjuangan mencapai kemerdekaan.
Muzium Samudera

Muzium ini mempamerkan sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Muzium Baba dan Nyonya

Muzium Warisan Baba dan Nyonya ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock atau lebih dikenali sebagai Millionaire's Row.
Muzium Pemerintahan Demokrasi

Muzium ini dibahagikan kepada dua tingkat yang mempamerkan pelbagai artifak dan maklumat berguna.
Antara tema pameran di muzium ini termasuklah:
- ciri demokrasi dalam pemerintahan Kesultanan Melayu
- sistem politik dunia
- gerakan anti-penjajah
- sistem pentadbiran British
- pendudukan Jepun di Tanah Melayu
- Malayan Union
- menguatkan bidangkuasa kerajaan tempatan
- parlimen sebagai simbol demokrasi
- pembentukan Malaysia pada tahun 1963
- pilihanraya - asas demokrasi
- pencapaian demokrasi di Malaysia
Muzium Senibina
Bangunan muzium ini pada asalnya merupakan kediaman pembesar Belanda dan Lembaga Air Melaka (LAM). LAM merupakan pejabat terakhir yang menggunakan bangunan ini sebelum kerja-keja restorasi bangunan ini dijalankan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti.
Muzium ini ditubuhkan untuk menyediakan maklumat asas taburan seni bina lama dan baru yang terletak di seluruh negara. Melalui maklumat serta peragaan ini, pelawat dapat memahami perkembangan senibina negara dengan mudah serta mempunyai pilihan untuk membuat lawatan susualan ke lokasi sebenar sekiranya perlu.
Oleh kerana ruang yang terhad serta keadaan bangunan yang berbilik-bilik, pihak muzium terpaksa menyesuaikan aliran cerita sepeti yang ada sekarang iaitu skop dan tema pameran disusun bermula dari senibina kaum peribumi ke zaman penjajahan sehinggalah ke zaman kemerdekaan dan pasca kemerdekaan. Selain keterangan teks, gambar dan ilustrasi, peragaan bahan 3D, mural dan model-model bangunan tepilih juga dipamerkan.
Muzium Setem

Antara objektifnya adalah:
- Memberi kesedaran kepada orang ramai terutama sekali kanak-kanak, mengenai sejarah perkembangan setem di Malaysia dan seluruh dunia
- Menggalak dan mengembangkan kegemaran mengumpul setem di kalangan rakyat Malaysia
- Menyebarkan maklumat kepada orang ramai mengenai pelbagai peristiwa bersejarah serta orang-orang yang menempanya sama ada di Malaysia atau di tempat-tempat lain di dunia, yang kesemuanya diabadikan dalam bentuk setem.
0 Comments
Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.