Ad Code

Prinsip dan Kaedah Pemberian Pemindahan Gaji KGT


Kerajaan memutuskan supaya kajian penambahbaikan skim perkhidmatan, penambahbaikan landasan kemajuan kerjaya serta pembetulan kepada masalah struktur gaji dalam SSM diselesaikan sebelum 31 Disember 2013.

Berikutan daripada kajian penambahbaikan tersebut, gaji pegawai di bawah SSM akan dipindahkan ke struktur gaji baru dengan diberikan faedah pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT.

  1. Pegawai yang layak akan diberi pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT mengikut gred jawatan/ gred gaji masing-masing pada 1 Julai 2013 berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 30 Jun 2013. Contoh kaedah pemindahan gaji adalah seperti di Lampiran A.

  2. Dalam keadaan pemberian pemindahan gaji ini tidak dapat ditampung oleh amaun gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum - Maksimum (JGMM), Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan penetapan gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan mengemukakan salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang dikemas kini. Contoh kaedah pemindahan gaji adalah seperti di Lampiran B.

  3. Pegawai yang gaji akhirnya pada 30 Jun 2013 berada di gaji KUP yang diluluskan JPA atau berada di gaji maksimum sama ada mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013, surat JPA.SARAAN(S)256/21/17-5 Jld.3 bertarikh 14 Mac 2013 atau surat JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.3 bertarikh 14 Mac 2013, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan penetapan gaji KUP kepada Bahagian Saraan, JPA beserta dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang dikemas kini. Contoh kaedah pemindahan gaji adalah seperti di Lampiran C.

  4.  Bagi jawatan peminjaman atau tukar sementara ke agensi Kerajaan, pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT hendaklah diberi secara isyarat di gaji hakiki oleh Ketua Jabatan asal dan pemindahan gaji diberi di jawatan peminjaman atau tukar sementara oleh Ketua Jabatan agensi peminjam.

  5. Pegawai yang cuti separuh gaji, gaji hakiki pegawai hendaklah diberi pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT dan dibayar separuh daripada amaun gaji baru.

  6. Pegawai yang cuti tanpa gaji, gaji hakiki pegawai hendaklah diberi pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT dan pegawai akan dibayar gaji baru apabila kembali bertugas.

  7. Bagi pegawai yang dinaikkan pangkat atau ditukar lantik atau dilantik secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) berkuat kuasa 1 Julai 2013, gaji pegawai hendaklah diberi pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT di gred baru selepas urusan penetapan gaji pemulaan di gred kenaikan pangkat atau tukar lantik atau KPSL dilaksanakan. Contoh kaedah pemindahan gaji adalah seperti di Lampiran D.

  8. Bagi urusan kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan atau pelantikan secara KPSL yang berkuat kuasa sebelum atau pada 1 Julai 2013, pemberian pemindahan gaji ini boleh diselaraskan dan dibayar berkuat kuasa 1 Julai 2013. 15. Pemberian pemindahan gaji ini tidak mengubah struktur JGMM yang ditetapkan seperti di Lampiran A Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013,surat JPA.SARAAN(S)256/21/17-5 Jld.3 bertarikh 14 Mac 2013 dan surat JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.3 bertarikh 14 Mac 2013.

  9. Perubahan gaji berikutan pemberian pemindahan gaji ini hendaklah dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan semua pegawai yang terlibat.
Download PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

Post a Comment

0 Comments