Ad Code

Panduan Solat Jamak Ketika Melancong


Pergi melancong bersama keluarga memang menyeronokkan. Walau bagaimanapun sebagai muslim, kewajiban sembahyang mesti dijaga sebaik-baiknya. Semasa melancong atau musafir kita dibenarkan atau dibagi kemudahan untuk melakukan solat jamak dan qasar. Panduan solat jamak ketika melancong diharap dapat membantu anda untuk melakukan solat jamak dan qasar dengan lebih sempurna.


panduan solat jamak

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar

Makna Jamak ialah dihimpunkan dan Makna Qasar ialah dipendekkan



Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.




1.0  Jamak Takdim dan di Qasarkan (dipendekkan)

Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim. Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
  • Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
  • Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Talla".


2.0  Jamak Takhir dan di Qasarkan (dipendekkan)

Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir. Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:-

"Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"

Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
  • Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
  • Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".


Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-


3.0  Jamak takdim dan diqasarkan (dipendekkan)

Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
  • Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla"
  • Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Talla".


4.0  Jamak takhir dan diqasarkan (dipendekkan)

Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir. Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir

"Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"

Lakukan sembahyang isyak 2 rakaat diikuti sembahyang maghrib 3 rakaat. 
  • Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla"
  • Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

5.0  Syarat-syarat perjalanan (musafir) yang dibenarkan untuk solat qasar/jamak

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa Islam mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah SWT telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir
  • Musafir adalah untuk tujuan yang baik, bukan untuk melakukan maksiat.
  • Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 89 km).(Menurut Dr. Muhammad Bakr Ismail dalam kitabnya al-Fiqh al-Wadhih; dua marhalah menyamai kira-kira 89 km. Jarak dua marhalah itu di hitung secara sehala iaitu jarak perjalanan pergi dari rumah/kediaman ke tempat musafir, bukan berdasarkan jarak pergi dan balik (yakni dua hala).
  • Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya).


6.0  Hikmah disyariatkan solat qasar/jamak

Sabda Rasullah SAW  maksudnya : “Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. (Hadis riwayat Ahmad).
  • Meringan/memudahkan umat Islam untuk menunaikan solat dalam perjalanan.
  • Tanda kasih sayang Allah SWT kepada manusia.
  • Supaya solat fardu dapat dilaksanakan dalam apa kedaan sekalipun.
  • Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.



Post a Comment

0 Comments