Ad Code

Muzium Islam Melaka, tempat menarik di Melaka perlu di lawati .



Jauhnya dari Kesidang Lia Homestay Bandar Melaka ialah 5.6 km kalau ikut Jalan Tun Mutahir dan paling jauh ialah 8.7 km kalau ikut Jalan Syed Abdul Aziz. Dalam keadaan biasa perjalanan mengambil masa lebih kurang 14 minit sahaja. Kalau ikut Jalan Syed Abdul Aziz perjalanannya mungkin akan mengambil masa lebih kurang 17 minit dalam keadaan traffik biasa. Tetamu Kesidang Lia Homestay di Bandar Melaka amat dialu-alukan untuk mengunjungi Muzium Islam dan lain-lain muzium yang ada di Bandar Hilir untuk menimba pengalaman dan meluaskan pengetahuan mengenai sejarah silam.


Kesidang Lia Homestay Bandar Melaka
Laluan yang dicadangkan untuk ke Muzium
Muzium Islam Melaka merupakan antara tempat menarik di Melaka yang sering dikunjungi pelancong. Muzium ini terletak di Jalan Kota, berhadapan ibu pejabat Polis Pelancong dan hanya beberapa minit berjalan kaki dari The Stadthuys. Muzium ini terletak di bangunan tiga tingkat yang dibina pada tahun 1850 dan telah diwartakan sebagai antikuiti dibawah Akta Antikuiti 1976.

Kesidang Lia homestay di Bandar Melaka
Bangunan Muzium Islam ini dibina pada tahun 1850
Di Muzium ini, terdapat 8 buah ruang pameran yang setiap satunya mempunyai tema tersendiri. Bahan pamerannya yang disusun mengikut kronologi tentang kedatangan Islam di Melaka dan bagaimana ia tersebar ke seluruh negara. Ia juga menunjukkan hubungan Melaka dengan pusat Islam yang lain seperti China, India, negara-negara Arab dan Asia Tenggara.

jakmashomestay.blogspot.com
huruf2 Al Quran yang ditulis besar
Selain itu terdapat juga kitab suci Al-Quran yang bersaiz besar dimana setiap hurufnya adalah sebesar empat hingga lima inci. Juga terdapat salinan Al-Quran dalam bahasa Mandarin dan Al-Quran yang ditulis tangan. Terdapat juga buku-buku yang diterbitkan mengenai Islam dipamerkan di muzium ini. Di salah sebuah ruang pameran ini terdapat artifak Islam seperti kotak mempamerkan keris yang diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran, wang syiling dan senjata yang diukir dengan kaligrafi khat dan ayat-ayat suci Al-Quran.

Post a Comment

0 Comments