Ad Code

Kelebihan tinggal di homestay atau rumah percutian



Homestay atau rumah penginapan boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Homestay bandar atau rumah percutian di mana anda pada dasarnya tinggal di sebuah rumah yang moden (rumah setingkat atau dua tingkat, rumah semi-d, banglo atau apartmen) di kawasan bandar manakala di homestay kampung anda akan tinggal sama ada di sebuah kampung dengan / tanpa tuan rumah atau dalam ladang biasa. Homestay Kesidang iaitu homestay di bandar Melaka dan juga homestay di banda Hilir adalah dikategorikan sebagai homestay bandar atau rumah percutian.

Apakah kelebihan tinggal di homestay atau Rumah Percutian?


Pertama sekali anda boleh jimatkan perbelanjaan kerana rumah penginapan atau homestay lebih cenderung untuk menjadi lebih murah daripada hotel (jika anda melancong dengan keluarga atau dalam kumpulan yang besar). Kedua, jika anda tinggal di homestay kampung dengan tuan rumah, maka anda boleh mengalami budaya dan adat resam tempatan secara langsung! Akhir sekali, anda boleh mendapatkan perasaan yang anda mempunyai rumah percutian musim panas jika anda memilih untuk menginap di homestay bandar.


Post a Comment

0 Comments