The ASEAN Travel & Tourism Competitiveness Report 2012 telah menyenaraikan Malaysia sebagai tempat ke 35 menarik diperingkat dunia dan ke 2 terbaik selepas Singapura di ASEAN.
Berita yang di petik dari Bernama menyebut Menurut Laporan Daya Saing Pengembaraan
dan Pelancongan ASEAN 2012, Malaysia adalah satu daripada 10 destinasi
utama dunia dengan menerima kira-kira 25 juta pelawat setahun.
Laporan itu dikeluarkan di Sidang
Kemuncak Pengembaraan, Perdagangan dan Pelancongan di sini hari ini
menjelang Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai Asia Timur.
Laporan itu disokong oleh Indeks Daya
Saing Pengembaraan dan Pelancongan (TTCI) WEF yang memberikan ranking
kepada 139 negara menurut prestasi mereka dalam bidang yang menggalakkan
pelaburan bagi menjadikan sektor pengembaraan dan pelancongan itu
menarik.
Di bawah TTCI, Malaysia berada di
ranking ke-35, Singapura (ke-10), Thailand (41), Brunei (67), Indonesia
(74), Vietnam (80), Filipina (94) dan Kemboja (109).
0 Comments
Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.