Salah
satu perkara yang menarik ketika melakukan perjalanan
ialah mengalami perkara-perkara yang baru, yang berbeza, dan adakalanya
yang
tidak diduga. Tetapi, bagaimana pula jika berlaku kejutan yang tidak
begitu
menyenangkan?
Menjangkakan
sesuatu yang tidak di duga pada hari cuti anda
bukan setakat melibatkan cuaca basah dan perubahan suhu. Anda juga
perlu bijak
untuk mempertimbangkan keperluan perjalanan anda bukan
setakat kerluan
yang
anda tidak boleh hidup tanpanya. Bolehkah anda menggantikan kanta lekap
anda
dengan notis yang singkat?
Opera
Software, pembuat Opera pelayar web mudah alih,
mempunyai beberapa tips berguna untuk memastikan percutian anda
berjalan
lancar.
Beberapa
langkah back-up perlu dilakukan agar ia akan
dapat mengatasi banyak kerumitan dalam kes masalah perjalanan dan
perkhidmatan
dalam talian boleh membantu anda sekiranya berlaku kerumitan. Membuat
Pelan B untuk
percutian anda akan membantu anda mengelakkan kehilangan kewarasan
anda,
walaupun anda kehilangan beg anda atau terlebih banyak membelanjakan
wang."
Semua
orang melakukan pemeriksaan akhir untuk memastikan
pasport dan tiket tidak tertinggal sebelum berlepasf, tetapi bagaimana
tentang
semua dokumen anda yang lain - dan apa yang perlu anda lakukan
drkiranya
berlaku kes kehilangan atau kecurian? Mengikuti tradisi, meninggalkan
salinan
jadual perjalanan, insurans dan nombor penting kepada ahli keluarga
atau kawan
rapat, ditambah satu salinan untuk diri sendiri. Supaya bertambah
menjamin,
imbas dokumen-dokumen anda dan simpan dokumen tersebut dalam talian
(cloud),
supaya anda boleh mengakses mereka mana-mana sahaja di dunia. E-mel
dokumen
anda untuk diri anda dan juga untuk yang tersayang , atau simpan
dokumen
tersebut di laman web storage dalam talian seperti Dropbox,
Google Drive
atau lain-lain perkhidmatan awan. Sungguh mudah!
0 Comments
Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.