Kampung Morten telah dibuka pada tahun 1922 merupakan antara produk pelancongan warisan yang paling terkenal di Melaka. Terletak hanya kira-kira 3 km dari Kesidang Lia homestay Bandar Melaka atau lebgih kurang 10 minit perjalanan menaiki kereta.
Dengan keluasan 5.02 hektar, Kampung Morten menempatkan 100 buah rumah dan sebuah surau dengan penduduk 600 orang. Kampung Morten adalah sebuah kampung Melayu yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka. Kampung ini telah diterokai oleh Datuk Othman Md. Nor.
Berdasarkan sejarah, kampung ini dikenali sebagai Kampung Baru kerana penduduk asalnya adalah daripada Kampung Jawa yang terpaksa berpindah kerana tekanan pembangunan. Penduduk telah menemui Kampung Morten yang ketika itu dimiliki oleh Abdullah Maarof dan Pak Khalil. Kerana ketiadaan wang, salah seorang penduduk telah berjumpa dan meminjam wang daripada pegawai daerah iaitu J.F. Morten setelah tuan tanah bersetuju untuk menjual tanah tersebut dengan harga RM 10,000.00. Sebagai mengenang jasa pegawai daerah berkenaan, kampung itu dinamakan Kampung Morten dan ianya berkekalan hingga kini.
Post Top Ad
Sunday, December 18, 2011
Home
bandar hilir
Kg. Morten
Pelancongan Sejarah
Pelancongan Warisan
Pelancongan Warisan - Kampong Morten
Pelancongan Warisan - Kampong Morten
Tags
bandar hilir#
Kg. Morten#
Pelancongan Sejarah#
Pelancongan Warisan#
Share This

About Homestay Keretasewa
Pelancongan Warisan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Author Details
Homestay Kesidang Lia terletak berdekatan dengan tempat-tempat tarikan pelancong yang terkenal di Melaka seperti Bandar Hilir, River Cruise, Pantai Klebang, Restoren Asam Pedas, Roti Canai Kayu Arang, Keria Antarabangsa serta banyak lagi tempat-tempat sering jadi kunjungan pelancong yang datang ke Melaka. Homestay ini merupakan satu unit rumah teres lot tengah dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air dan 2 aircond. Ruang parkir yang luas dengan 4 unit kereta boleh di parkir serentak.
No comments:
Post a Comment
Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.