Ad Code

Melaka Sentral - terminal bas dan teksi, pasar basah dan kering serta bazar.

Melaka Sentral yang merupakan terminal bas dan teksi terletak di pinggir Bandar Peringgit kira-kira 15 minit perjalanan dari bandar Melaka dan bertentangan dengan pasaraya Tesco dan Jaya Jusco di Jalan Tun Razak. Melaka Sentral merupakan pusat pengangkutan yang menghubungkan perkhidmatan bas dan teksi antara negeri  dan perkhidmatan domestik.

Rekabentuk terminal ini adalah gabungan motif tradisional Malaysia dan moden. Bangunan satu tingkat yang luas ini direka dengan atap yang tinggi dan mempunyai bukaan cahaya yang menerangi terminal ini   yang berhawa dingin sepenuhnya.

Bangunan ini mempunyai bahagian yang berbeza untuk bas dan teksi. Terdapat 24 kaunter tiket dan 24 ruang pelepasan untuk perkhidmatan bas ekspres antara negeri. Untuk perkhidmatan bas domestik pula, terdapat 12 kaunter tiket dan 18 ruang pelepasan. Setiap bahagian mempunyai ruang tengah yang direka dengan taman tropika. Bahagian ini dilengkapi dengan kemudahan kafe jalanan, restoran dan kedai makanan segera serta kedai barangan untuk kemudahan pengunjung. Kaunter Penerangan terletak diantara dua bahagian ini.

homestay kesidang bandar melaka

kesidang homestay bandar melaka

homestay di bandar melaka




homestay bandar melaka

homestay bandar melaka

Melaka Sentral dibina dengan tiga komponen utama: terminal bas dan teksi di bangunan utama, pasar basah dan kering, dan bazar di luar bangunan.

Post a Comment

0 Comments