Ad Code

Hang Tuah Mall - Shopping Street Moden

Pembangunan yang rancak di Negeri Melaka secara tidak langsung telah membawa gaya hidup yang lebih moden kepada penduduk terutama di Daerah Melaka Tengah. Ini terbukti dengan kewujudan café/sidewalk café seperti di Bukit Bintang dan Bangsar di Kuala Lumpur.  

Hang Tuah Mall yang dibuka secara rasmi pada tahun 2003 selain merupakan salah satu kawasan tarikan pelancong utama di Negeri Melaka, ia juga menerapkan konsepkan shopping street yang moden. Ini dilihat dengan kewujudan café-café /gerai di sepanjang laluan Hang Tuah Mall.   Selain itu, kewujudan kedai-kedai perniagaan yang membekalkan pelbagai keperluan serta dihias dengan menarik dan seragam di pinggir laluan Hang Tuah Mall menjadikan kawasan ini sebagai shopping street yang lebih moden selain dari salah satu kawasan untuk berehat dan kawasan tarikan pelancong.

Post a Comment

0 Comments