Ad Code

Soalan Lazim

1.  Lokasi Homestay.

Homestay Kesidang lia, Kampung lapan terletak di Taman Kesidang Seksyen 2, Kampong Lapan, Melaka. Lebih kurang 2.5 km dari Bandar Melaka dan kira-kira 23 minit perjalanan dari Tol Ayer Keroh, samada melalui Jalan Krubong atau Lebuh Ayer Keroh


2.  Kesidang Lia Homestay ada berapa bilik ?

Kesidang Lia Homestay mempunyai 3 bilik yang luas dan selesa.

1.  Bilik utama dilengkapkan dengan katil queen size, aircond, kipas, almari pakaian dan meja solek serta attached bathroom.
2.  Bilik 2 dilengkapkan dengan satu katil queen, satu katil bujang, aircond dan kipas
3.  Bilik 3 dilengkapkan dengan dua katil bujang dan kipas
Semua bilik ada cermin muka, penyidai dan tikar buluh dan juga sejadah.

3.  Kami ni ramai, agak-agak berapa orang boleh masuk?

Kemudahan yang disediakan selain dari katil, kami juga sediakan toto dan bantal tambahan. Rumah kami dah di renovate dengan tambahan 1 ruang keluarga yang luas serta dapur dan tempat makan yang berasingan. Ruang tempat letak kereta juga banyak iaitu 2 kereta di dalam dan 2 kereta di luar tanpa menggangu lalulintas.

4.  Kami bercadang nak masak, boleh tak?

Kami juga menyediakan peralatan memasak, pinggan mangkuk, dapur gas dan gas memasak. Periuk nasi elektrik juga disediakan tapi kapasitinya hanya 1.8 liter. kalau ramai mungkin kena 2 kali masak.

5.  Kami tak pernah berkunjung ke Melaka. Di mana tempat menarik yang boleh kami lawati.

Kami syorkan anda ke tempat-tempat berikut:

1.   River Cruise dan pirate park
2.   Bandar Hilir
3.   Dataran Pahlawan
4.   Tempat bersejarah seperti A Famosa dan Studthuys
5.   jonker Walk
6.   Kampong Morten
7.   Menara Taming Sari
8.   Wild Life Theatre
9.   Masjid selat
10. Kg. Portugis
11. Muzium Kapal Selam
12. Ayer Keroh
13. Klebang
14. MITC
15. Masjid Kg. Hulu
16. Ikan Bakar dan Asam Pedas
17. Wonderland Theme Park
18. A Famosa Theme Park
19. .....dan banyak lagi tempat yang boleh anda kunjungi. Melaka memang banyak tempat menarik untuk di lawati.


Post a Comment

0 Comments