Ad Code

Tarikan terbaru di bandar Melaka - Monorel Melaka



Selepas hampir empat tahun digantung perkhidmatannya, Monorel Melaka yang terletak berhampiran Sungai Melaka di sini, kembali beroperasi mulai hari ini.

Perkhidmatan monorel itu beroperasi mulai jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari dengan harga tiket berpatutan di antara RM10 hingga RM15.

Orang ramai boleh membeli tiket di kaunter aras 1 Bangunan Monorel, Stesen Tun Ali berhampiran Restoran Melayu Melaka dan perkhidmatan dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam pada hari Jumaat dan Sabtu.

Buat masa ini perkhidmatan monorel yang dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu hanya mempunyai satu gerabak yang boleh menampung seramai 24 penumpang dengan laluan sehala dan mengambil masa kira-kira 30 minit bagi jarak perjalanan sejauh kira-kira tiga kilometer.

Laluan monorel bermula dari Stesen Tun Ali ke Taman Rempah seterusnya melalui The Shore dan ke Pirate Park diikuti Kampung Morten sebelum menuju kembali ke Stesen Tun Ali dan ini akan memberikan pengalaman luar biasa pelancong ke Melaka.


Monorel yang dibina dengan kos bernilai RM16.5 juta menjadikan ia sebagai salah satu produk pelancongan baharu kepada pengunjung yang inginkan kelainan memberi pengalaman berbeza melihat keunikan Melaka.

Sumber berita : BH Online
Sumber Gambar : BH Online

Post a Comment

0 Comments