Thursday, November 3, 2016

Tuan Homestay

Jimat wang ketika melancong. Bagaimana caranya?


Tibalah masa anda merancang untuk percutian keluarga. Selesa dengan percutian di rumah atau ingin ke destinasi menarik?

Percutian di rumah juga merupakan satu pilihan baik untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan tanpa memikirkan stress perjalanan.

Jika anda bernasib baik dapat melarikan diri daripada kesibukan kerja, anda masih boleh mempunyai percutian yang hebat bersama keluarga. Nikmati percutian mengikut kemampuan dengan mengamalkan perkara-perkara berikut:
  • Buat bajet untuk percutian anda
  • Teliti perbelanjaan yang dibuat
  • Amalkan perbelanjaan berhemat ketika bercuti 

Berikut adalah sebahagian daripada langkah-langkah mudah yang boleh membantu anda menjimatkan wang untuk percutian keluarga anda:

Penginapan
  • Bermalam di rumah rakan atau saudara secara percuma.
  • Gunakan perkhidmatan diskaun dalam talian (online) untuk mendapatkan kadar bilik hotel yang lebih murah.
  • Pertimbangkan pilihan lebih murah, contohnya bermalam di hotel 2 bintang berbanding di hotel 3 bintang. 
  • Untuk lebih menjimatkan menginaplah di homestay yang menawarkan penginapan yang selesa dengan kadar sewa yang lebih murah seperti Homestay Kesidang

Makanan
  • Jika anda memandu, sediakan makanan dan minuman sebagai bekalan di dalam kereta atau semasa di tempat rehat.
  • Makanlah di restoran yang murah dan bersih.
  • Pilih untuk memasak ketika dalam percutian.
  • Jika anda makan di restoran, semak resit restoran untuk pastikan yang anda dicaj dengan harga yang betul. 

Melancong
  • Buat pelan perjalanan lebih awal.
  • Jika memandu, servis dahulu kereta sebelum memulakan perjalanan. Memandu sendiri lebih ekonomi bagi anda yang berkeluarga.
  • Jika menaiki kapal terbang, tempah tiket ketika musim promosi. Jangan bawa barangan yang banyak untuk mengelakkan kes muatan tambahan. 

Membeli belah
  • Beri keutamaan kepada percutian anda dan bukan pada membeli belah.
  • Jika membeli belah, tawar-menawarlah untuk mendapatkan harga yang murah dan terbaik.
  • Semak harga sebelum membuat apa-apa pembayaran. 

Rekreasi
  • Rancang aktiviti yang ingin dilakukan ketika bercuti. Beli tiket secara online untuk mendapatkan harga yang murah dan elakkan dari membuang masa menunggu di kaunter.
  • Cari tempat tarikan pelancong yang percuma atau murah. Taman permainan, muzium, atau zoo antara tempat pelancongan yang murah. 

Tip-tip lain
  • Berjalan kaki ialah cara yang menarik untuk meninjau sesuatu tempat dan mengambil gambar.
  • Bercutilah ketika bukan waktu puncak. Ianya lebih murah dan tiada kesesakan.
  • Minta bantuan penduduk tempatan untuk ke destinasi yang menarik.
Sumber: Sinar Harian

Tuan Homestay

About Tuan Homestay -

Homestay Kesidang Lia dan Kesidang Moon menawarkan penginapan yang selesa, murah dan dekat dengan bandar. Homestay dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaam tetamu. Hubungi saya whatsapp/tel 017-9527363 untuk maklumat lanjut

Subscribe to this Blog via Email :

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.