Perigi Hang Tuah di Duyung Melaka


Perigi Hang Tuah di Duyung Melaka

Salah satu warisan sejarah di Duyung Melaka




Perigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyong, Melaka ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 - 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyong ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.



Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang.  Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.

Antara keistimewaan lain menurut penduduk setempat air di Perigi Hang Tuah tidak pernah kering meskipun berlaku musim kemarau.

Malah  ketika krisis air melanda Melaka pada 1991, perigi berkenaan tetap mempunyai air yang mencukupi malah tidak terjejas langsung.


Perigi Hang Tuah di Duyung Melaka Perigi Hang Tuah di Duyung Melaka Reviewed by Homestay Keretasewa on 4:26:00 PM Rating: 5

No comments

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.