Wednesday, May 20, 2015

Tuan Homestay

Pelbagai acara menarik sempena Melaka River International Festival 2015


Di mana anda akan melancong pada cuti persekolahan awal bulan hadapan. Jika masih tercari-cari, maka Melaka merupakan pilihan terbaik untuk anda.

Ini kerana Melaka River International Festival kembali lagi. Festival ini yang akan bermula pada 30.5.2015 sehingga 14.6.2015. Pelbagai acara menarik sedang menanti anda.. Majlis perasmian Festival akan diadakan pada 30.5.2015 (Sabtu), jam 8.00 malam di Dataran Sungai Melaka. Anda semua di jemput untuk memeriahkan lagi majlis ini.



Menurut kenyataan akhbar sempena Pra-Pelancaran Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2015lebih satu juta pelancong disasarkan menghadiri pelbagai acara menarik yang diatur sepanjang Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2015 bermula 30 Mei hingga 14 Jun 2015. Festival anjuran kerajaan negeri Melaka yang telah memasuki tahun kesembilan ini membabitkan 10 acara bertaraf antarabangsa dan 20 acara domestik.

YAB Datuk Seri Ir. Haji Idris Bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka berkata, sasaran berkenaan adalah realistik kerana Festival Antarabangsa Sungai Melaka sentiasa dinanti-nantikan oleh pelancong berikutan keunikan acara dan aktiviti yang diatur. Pada tahun lalu lebih 600,000 pengunjung hadir ke Festival Antarabangsa Sungai Melaka dan jumlah ini dijangka meningkat kerana penganjurannya diadakan pada musim cuti persekolahan.

“Antara aktiviti yang menjadi tumpuan pelancong adalah dua acara ikon iaitu Perarakan Bot Berhias dan Melaka Parade yang akan menambah ceriakan suasana Sungai Melaka dan juga memaparkan keunikan budaya masyarakat negeri Melaka daripada pelbagai etnik,” katanya. Menurut Idris lagi, acara-acara lain yang turut mendapat sambutan hebat adalah ‘Remote Control Powerboat’, Pertandingan Perahu Naga, Marathon Antarabangsa Sungai Melaka, Pertandingan Ratu Kebaya dan Persembahan Kebudayaan dan Kesenian Pelbagai Kaum.

 Beliau turut melaporkan , Acara paling utama dan istimewa pada tahun ini ialah Majlis Perasmian Festival Antarabangsa Sungai Melaka pada 30 Mei 2015 yang akan memaparkan Epik Sejarah Melaka. Majlis perasmian ini akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan pada malam 30 Mei 2015. Perasmian berkenaan akan turut disertai dengan persembahan artis popular dari pelbagai kaum, persembahan kebudayaan dan kesenian dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik untuk pengunjung bertuah.

Para pelancong dari dalam dan luar negara adalah dijemput hadir ke Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2015 dan mereka digalakkan  merancang jadual pelancongan agar tidak terlepas peluang untuk menyertai dan menyaksikan pelbagai acara yang dianjurkan.


Tuan Homestay

About Tuan Homestay -

Homestay Kesidang Lia dan Kesidang Moon menawarkan penginapan yang selesa, murah dan dekat dengan bandar. Homestay dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaam tetamu. Hubungi saya whatsapp/tel 017-9527363 untuk maklumat lanjut

Subscribe to this Blog via Email :

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.