Ad Code

Jimat cuti tahun 2015 anda.

Homestay di Bandar Melaka

Tahun 2015 adalah tahun yang baik untuk mencari masa bercuti tanpa perlu mengambil cuti yang panjang.

Slot #1 : Tarikh cuti pada 30 Januari hingga 3 Februari. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 30 Januari. 1 & 2 Februari cuti Hari Wilayah. 3hb cuti umum Thaipusam. hanya untuk Wilayah Persekutuan sahaja. 1 hb Februari adalah hari ahad diganti dengan hari isnin dan 3 hb Februari adalah pada hari Selasa. 

Slot #2 : Tarikh cuti pada 18 Februari hingga 22 Februari. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 18 Februari. 19 & 20 Februari cuti Tahun Baru Cina. Cuti jatuh pada hari khamis dan jumaat. Negeri-negeri yang cutinya pada hari jumaat dan sabtu dapat tambahan satu hari pada hari ahad, jadi dapat 4 hari cuti berturut-turut di mana cuti pada hari jumaat akan diganti pada hari ahad. Negeri-negeri yang cutinya pada hari sabtu dan ahad tak perlu ambil cuti boleh dapat 4 hari cuti sehingga ahad.

Slot #3 : Tarikh cuti pada 1 hingga 4 Mei. 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 4 Mei. 1 Mei adalah cuti Hari Buruh. 1 mei adalah hari jumaat dan 3 mei jatuh pada hari ahad. Untuk negeri-negeri yang cutinya pada hari jumaat tidak dapat gantian, maka mereka hanya cuti dari jumaat hingga ahad. Bagi negeri-negeri yang cutinya sabtu dan ahad, dapat tambahan cuti pada hari isnin kerana cuti umum mereka adalah pada hari ahad. Jadi mereka boleh cuti dari jumaat hingga isnin.

Slot #4 : Tarikh cuti pada 15 hingga 19 Julai. 5 hari cuti
Nota : Ambil cuti pada 15 & 16 Julai. 17 & 18 Julai adalah cuti Hari Raya. Cuti dari hari jumaat hingga ahad untuk kesemua negeri. Cuti raya dijangka pada hari jumaat dan sabtu.

Slot #5 : Tarikh cuti 27 hingga 31 Ogos. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 27 & 28 Ogos. 31 Ogos cuti Hari Merdeka. Hari merdeka jatuh pada hari isnin. Cuti selama tiga hari untuk negeri-negeri yang cutinya sabtu dan ahad. 

Slot #6 : Tarikh cuti 16 hingga 20 September. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 17 &18 September. 16 September adalah cuti Hari Malaysia. Hari Malaysia pada hari rabu. 

Slot #7 : Tarikh cuti 24 hingga 27 September 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 25 September. 24 September cuti Hari Raya Haji. Cuti dijangka bermula hari khamis. Untuk Kelantan, kedah dan Terengganu dapat cuti 3 hari hingga sabtu tetapi bagi perlis dapat 4 hari berturut-turut kerana mereka bercuti pada hari sabtu dan ahad.

Slot #8 : Tarikh cuti 14 hingga 18 Oktober. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 15 & 16 Oktober. 14 Oktober adalah cuti Awal Muharram yang jatuhnya pada hari rabu.

Slot #9 : Tarikh cuti 7 hingga 10 November. 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 9 November. 10 November pula adalah cuti Deepavali iaitu pada hari selasa.

Slot #10 ( #10 ) : Tarikh cuti 23 hingga 27 Disember. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 23 Disember. 24 Disember adalah cuti Maulidur Rasul. 25 Disember cuti Hari Krismas. 24 disember jatuh pada hari khamis dan 25 disember pada hari jumaat. 4 hari cuti berturut-turut bagi negeri-negeri yang cutinya hari sabtu dan ahad.

Jimat cuti tahunan kita. Kalau kakitangan kerajaan boleh simpan untuk GCR.

Post a Comment

0 Comments