Ad Code

Tempat Menarik Untuk Di Lawati Di Bandar Hilir - Muzium


Dari Kesidang Lia Homestay Bandar Melaka ke Bandar Hilir juhnya ialah 5.6 km kalau ikut Jalan Tun Mutahir dan paling jauh ialah 8.7 km kalau ikut Jalan Syed Abdul Aziz. Dalam keadaan biasa perjalanan mengambil masa lebih kurang 14 minit sahaja. Kalau ikut Jalan Syed Abdul Aziz perjalanannya mungkin akan mengambil masa lebih kurang 17 minit dalam keadaan traffik biasa. Tetamu Kesidang Lia Homestay di Bandar Melaka amat dialu-alukan untuk mengunjungi Muzium Islam dan lain-lain muzium yang ada di Bandar Hilir untuk menimba pengalaman dan meluaskan pengetahuan mengenai sejarah silam.


Kesidang Homestay Di Bandar Melaka


Melaka mempunyai pelbagai jenis muzium yang menarik untuk dilawati. Maklumat berkenaan muzium-muzium tersebut boleh dilihat di bawah:


Kesidang Homestay Di Bandar Melaka


Muzium Islam Melaka 



Kesidang Homestay Di Bandar MelakaMerupakan antara tempat menarik diMelaka yang sering dikunjungi pelancong. Muzium ini terletak di Jalan Kota, berhadapanibu pejabat Polis Pelancong dan hanya beberapa minit berjalan kaki dari TheStadthuys. Muzium ini terletak di bangunan tiga tingkat yang dibina pada tahun1850 dan telah diwartakan sebagai antikuiti dibawah Akta Antikuiti 1976. 

Di Muzium ini, terdapat 8 buah ruang pameran yang mempunyai temanya yang tersendiri. Bahan pamerannya yang disusun mengikut kronologi kedatangan Islam di Melaka dan bagaimana ia tersebar ke seluruh negara. Ia juga menunjukkan hubungan Melaka dengan pusat Islam yang lain seperti China, India, negara-negara Arab dan Asia Tenggara.

Terdapat juga kitab suci Al-Quran yang bersaizbesar dimana setiap hurufnya adalah sebesar empat hingga lima inci. Selain itu terdapat salinan Al-Quran dalam bahasa Mandarin dan Al-Quran yang ditulis tangan.Terdapat juga buku-buku yang diterbitkan mengenai Islam dipamerkan di muziumini. 

Di salah satu ruang pameran, terdapat artifak Islam seperti kotakmempamerkan keris yang diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran, wang syiling dansenjata yang diukir dengan kaligrafi khat dan ayat-ayat suci Al-Quran.

Istana Kesultanan Melaka



Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986 merupakan sebuah replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477. Terdapat lebih kurang 1,350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut. 

Muzium tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja.


Antara bahan pameran yang terdapat di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka, senjata Melayu, pakaian perkahwinan tradisional Melayu, model Istana Sultan Mansur Shah, barangan kemas dan barangan loyang.



Kompleks Muzium Stadthuys



Bangunan Stadthuys dibina pada tahun 1650 merupakan peninggalan orang Belanda yang menggunakannya sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan pegawai-pegawainya. Warna asal bangunan ini putih tetapi di cat merah agar dapat dipadankan dengan Gereja Christ yang berdekatan.

Bangunan ini yang terletak di Bandar Hilir kini dijadikan kompleks muzium yang mempunyai lima buah muzium berasingan di dalamnya.


Muzium-muzium tersebut adalah:


Muzium Sastera

Muzium Sejarah dan Ethnografi
Muzium Pemerintahan Demokrasi
Galeri Laksamana Cheng Ho
Muzium Yang Di-Pertua Negeri



Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan 

Terletak di Bandar Hilir, Melaka dan berhampiran dengan tempat-tempat bersejarah yang lain seperti Kota A'Famosa dan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka dan berhadapan dengan Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ini dibuka dengan rasminya pada 31 Ogos 1985 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.


Memorial ini yang bertempat di dalam bangunan yang dibina pada 1911 ini adalah untuk mengenang dan memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang kebebasan dan kemerdekaan dari penjajah.


Pameran di bangunan ini juga meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Di antara barang pameran ialah dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, keratan akhbar dan bahan artifak seperti cap mohor, keris yang berkaitan dengan perjuangan mencapai kemerdekaan. 


Muzium Samudera



Muzium Samudera Fasa I adalah sebuah replika kapal Flor de Lamar yang dibina pada awal tahun 1990. Muzium Samudera ini terletak di Jalan Quayside berhampiran dengan muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.

Muzium ini mempamerkan sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.




Muzium Baba dan Nyonya


Bangunan Muzium ini merupakan kediaman keluarga untuk tiga generasi seorang Baba yang dibina pada tahun 1896 dan mempunyai laman dalam terbuka di tengah-tengah rumah tersebut. Perabotnya dibuat daripada rosewood mengikut reka bentuk Cina, British dan Belanda. Rumah ini memaparkan cara kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka pada penghujung abad ke-19.

Muzium Warisan Baba dan Nyonya ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock atau lebih dikenali sebagai Millionaire's Row. 





Muzium Pemerintahan Demokrasi


Muzium ini terletak bersebelahan Bukit St Paul adalah salah satu dari lima buah muzium yang membentuk Kompleks Muzium Stadthuys. Muzium ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk mempelajari sistem pemerintahan Malaysia bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah kini. fokus juga turut diberikan kepada beberapa orang pejuang kemerdekaan ternama negara seperti Syarif Masahor, Yamtuan Antah Seri Menanti, Rentap, Dato' Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya.

Muzium ini dibahagikan kepada dua tingkat yang mempamerkan pelbagai artifak dan maklumat berguna. 


Antara tema pameran di muzium ini termasuklah:

  • ciri demokrasi dalam pemerintahan Kesultanan Melayu
  • sistem politik dunia 
  • gerakan anti-penjajah 
  • sistem pentadbiran British 
  • pendudukan Jepun di Tanah Melayu 
  • Malayan Union 
  • menguatkan bidangkuasa kerajaan tempatan 
  • parlimen sebagai simbol demokrasi 
  • pembentukan Malaysia pada tahun 1963 
  • pilihanraya - asas demokrasi 
  • pencapaian demokrasi di Malaysia


Muzium Senibina


Bangunan muzium ini pada asalnya merupakan kediaman pembesar Belanda dan Lembaga Air Melaka (LAM). LAM merupakan pejabat terakhir yang menggunakan bangunan ini sebelum kerja-keja restorasi bangunan ini dijalankan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti. 


Muzium ini ditubuhkan untuk menyediakan maklumat asas taburan seni bina lama dan baru yang terletak di seluruh negara. Melalui maklumat serta peragaan ini, pelawat dapat memahami perkembangan senibina negara dengan mudah serta mempunyai pilihan untuk membuat lawatan susualan ke lokasi sebenar sekiranya perlu.


Oleh kerana ruang yang terhad serta keadaan bangunan yang berbilik-bilik, pihak muzium terpaksa menyesuaikan aliran cerita sepeti yang ada sekarang iaitu skop dan tema pameran disusun bermula dari senibina kaum peribumi ke zaman penjajahan sehinggalah ke zaman kemerdekaan dan pasca kemerdekaan. Selain keterangan teks, gambar dan ilustrasi, peragaan bahan 3D, mural dan model-model bangunan tepilih juga dipamerkan.




Muzium Setem


Muzium Setem Melaka ini secara tidak langsung dapat mendedahkan dan menyebarkan pengetahuan mengenai pembangunan, kebudayaan, pelajaran, sukan, flora dan fauna serta pencapaian negara dalam segal bidang kepada orang ramai melalui setem. Selain daripada itu, pengisian yang terdapat di muzium ini diharap dapat menjadi pendorong kepada rakyat di segenap lapisan untuk menghayati dan menghargai warisan sejarah melalui bacaan dan pemahaman terhadap bahan-bahan yang dipamerkan.

Antara objektifnya adalah:

  • Memberi kesedaran kepada orang ramai terutama sekali kanak-kanak, mengenai sejarah perkembangan setem di Malaysia dan seluruh dunia
  • Menggalak dan mengembangkan kegemaran mengumpul setem di kalangan rakyat Malaysia
  • Menyebarkan maklumat kepada orang ramai mengenai pelbagai peristiwa bersejarah serta orang-orang yang menempanya sama ada di Malaysia atau di tempat-tempat lain di dunia, yang kesemuanya diabadikan dalam bentuk setem.

Post a Comment

0 Comments