Ad Code

Tempat Menarik Di Melaka - Koridor Pelancongan Ayer Keroh



Koridor Pelancongan Ayer Keroh merupakan antara kawasan pelancongan utama di Melaka yang menempatkan beberapa tempat pelancongan yang menarik terutamanya pelancongan berkonsepkan rekreasi. Antaranya ialah:

Melaka Wonderland Theme Park &Resort

Melaka Wonderland Theme Park &Resort merupaka salah satu taman tema air terbaru yang di buka dan ianya terletak di Ayer Keroh Melaka. Melaka Wonderland merupakan salah satu tarikan terkini untuk pelancong samada dari dalam mahupun luar negara untuk berkunjung ke Melaka. Ia juga menawarkan pengalaman taman air kepada semua orang, keluarga, anak-anak, remaja dan mereka yang gemarkan thrill. Dari high-speed water slides ke tranquil greenery, Melaka Wonderland Theme Park &Resort menjanjikan keseronokan kepada semua pengunjungnya.
Melaka Wonderland

Antara tarikan di Melaka Wonderland





Taman tema yang unik ini mempunyai 16 tarikan utama iaitu Tornado Chaser (1st Malaysia), Lazy cum Crazy river, 1 Big Wave pool, Adventure Island dan dikelilingi hutan rekreasi semulajadi seluas 360 hektar.

Taman Mini Malaysia Dan Taman Mini Asean

Taman Mini Malaysia, boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, adalah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia dimana setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.





Pelawat akan berpeluang menyaksikan sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Kraftangan ini turut menjadi bahan untuk membolehkan pelawat mengenali setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pakaian tradisional turut dipamerkan di dalam beberapa buah rumah untuk tontonan umum. Selain rumah-rumah tradisional ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain permainan tradisional.

Walaupun dari pandangan umum semua rumah ini nampak seakan-akan sama, mereka sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri.

Zoo Melaka

Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi. Zoo ini dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 ha di Ayer Keroh, dalam tahun 1963.




Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ketika ini, terdapat kira-kira 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa.

Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur. Zoo Melaka ada menganjurkan safari malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk membolehkan pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara jam 8:00 - 11:30 malam.

Taman Botanikal Melaka 

Taman Botanikal dahulunya terkenal sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh yang mempunyai keluasan 92.5 hektar. Antara yang terdapat di Taman Botanikal ini ialah:

Destinasi pelancongan yang menawarkan kedamaian dan ketenangan. Pembangunan taman-taman bunga dan kemudahan-kemudahan lain untuk tatapan pengunjung. Menawarkan pelbagai aktiviti untuk berekreasi dan beriadah sambil menikmati udara segar.


300 spesis flora dan fauna.

Terdapat 5 taman utama di sini iaitu:
  • Taman Keladi
  • Taman Orkid
  • Taman Helicornia
  • Taman Buluh
  • Taman Herba

Dataran Sejarah Melaka, Ayer Keroh, Melaka

Jam besar pada keempat-empat muka menara Dataran Sejarah adalah satu lagi mercu pusat kegiatan riadah dan kebudayaan yang telah dibina oleh MBMB untuk digunakan dan dinikmati oleh rakyat umum. Terletak 3 km dari pintu masuk utara Melaka melalui lebuhraya utara/selatan, di kawasan rekreasi Ayer Keroh.



Ia terletak di Ayer Keroh dan dilengkapi dengan Padang Dataran, Bangunan Utama, Menara Jam, Pentas Lintas Hormat, Amfiteater, Laman Seni, Wakaf, Balai Pameran, Tempat Letak Kereta dan Tandas Awam. Komponen-komponen Dataran Sejarah Melaka ini boleh disewakan secara berasingan kepada semua.

Taman Buaya Melaka

dPuncak Homestay Ayer Keroh Pintu masuk Ke Taman Buaya Taman Buaya Melaka menempatkan kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka. Pengunjung boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.




Tarikan terbaru di Taman Buaya ialah Taman Permainan Air dan ianya terbuka kepada semua pengunjung. Taman ini mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara 1.5' dan 2.5'. Lain-lain tarikan di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.

Melaka International Trade Centre (MITC)

Homestay dPuncak Ayer Keroh MITC Melaka Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Y.A.B Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd. Rustam pada Jun 2003. Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) adalah satu pusat perdagangan yang terunggul dan pusat MICE (meetings, Incentives, convention, and Exhibitions) yang memainkan peranan penting dalam pembangunan perdagangan dan mencapai matlamat Melaka Maju 2010. Dengan perkembangan dan kewujudan dalam perusahaan MICE, kami yakin bahawa masyarakat Melaka umumnya dapat manfaat dengan aktiviti serta acara yang berlangsung di MITC.



Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang berprestij ini adalah satu MICE yang memberi perkhidmatan antarabangsa dan kebangsaan berserta peralatan dan perkhidmatan yang lengkap. Seni bina yang menakjubkan itu mampu memunggah serta mudah membawa keluar masuk barang pameran disamping itu ia juga mempunyai dewan pameran terluas di Bandar Melaka.

Melaka International Bowling Centre (MIBC)

dPuncak Homestay Ayer Keroh Melaka International Bowling Centre Melaka International Bowling Centre adalah pusat bowling terbesar di Malaysia. Ia dilengkapi dengan 52 lorong bowling dan mesin QubicaAMF yang canggih.



MIBC pernah menganjurkan beberapa pertandingan bowling antarabangsa, seperti:
  • 45 QubicaAMF Bowling Piala Dunia
  • Pertandingan Bowling Antarabangsa 2009
  • SUKMA XIII 2010

Planetarium Melaka


Terletak berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Planetarium Melaka adalah planetarium kedua yang dibina di Malaysia. Terletak di Ayer Keroh, dan dikelilingi beberapa kawasan tarikan pelancong yang terkenal seperti Perkampungan Asia, Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia &ASEAN, Taman Botani Melaka dan Pusat Perlindungan Rama-Rama &Reptilia. Planetarium ini dilengkapi dengan planetarium bertaraf dunia;dewan pameran di dalamnya dilengkapi dengan peralatan animasi yang membolehkan 200 penonton menikmati tayangan video mengenai astronomi (ilmu falak).

Muzium Orang Asli



Muzium yang diadaptasikan dari replika rumah orang asli yang terdapat di negara ini terletak bersebelahan Taman Buaya, Ayer Keroh Melaka. Muzium ini dibuka kepada orang ramai mulai 3 Februari 1997 dengan mengkhususkan kepada peragaan bahan dan peralatan harian suku kaum asli seperti Senoi, Jahut dan Mah Meri. Antara paparan utama muzium ini adalah berkaitan adat perkahwinan dan upacara kematian masyarakat orang asli di samping pelbagai hasil kerja tangan mereka yang unik seperti ukiran kayu dan anyaman.


Post a Comment

0 Comments