Monday, November 4, 2013

Tuan Homestay

Salam Maal Hijrah Dari Homestay Kesidang

Kami di Homestay Kesidang Bandar Melaka ingin mengucapkan Salam maal Hijrah kepada semua umat islam di mana sahaja berada.

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.




Tema Maal Hijrah tahun ini adalah 'Mengukuhkan persaudaraan, Memperkukuh Ummah'. Sebuah negara yang progresif dan maju memerlukan umat Islam yang mempunyai potensi yang besar dan semangat yang tidak berbelah bahagi diri. Khaira Ummah (Ummah Terbaik) yang diserap melalui persaudaraan atau ukhuwwah berdasarkan nilai-nilai tamadun yang tinggi. Ia adalah perlu untuk mengamalkan konsep wasatiyah atau 'sederhana' dalam pembangunan rohani dan fizikal dalam usaha untuk meningkatkan kualiti semangat kebersamaan, kekitaan dan persahabatan dalam memastikan objektif menyatukan Satu Ummah adalah dicapai dengan lebih berkesan.

Tuan Homestay

About Tuan Homestay -

Homestay Kesidang Lia dan Kesidang Moon menawarkan penginapan yang selesa, murah dan dekat dengan bandar. Homestay dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaam tetamu. Hubungi saya whatsapp/tel 017-9527363 untuk maklumat lanjut

Subscribe to this Blog via Email :

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.