Sunday, November 24, 2013

Tuan Homestay

Kerajaan Negeri Melaka Jadikan Pulau Sebagai Produk Baru Pelancongan



Kerajaan Negeri Melaka telah mengenalpasti tiga buah pulau untuk dibangunkan sebagai usaha menambah kerancakan industri pelancongan di negeri ini.

Di samping itu, usaha tersebut turut bertujuan untuk mengenal pasti produk-produk pelancongan baru yang boleh dilahirkan sebagai tambahan produk sedia ada.

Tiga pulau yang dikenal pasti adalah Pulau Besar, Pulau Undan dan Pulau Upeh selain tidak menafikan potensi beberapa buah pulau kecil yang ada.

Sebahagian pulau-pulau berkenaan terdapat chalet lama yang pernah dibangunkan dahulu, misalnya di Pulau Upeh dan Pulau Besar namun kurang penjagaan dan ia berpotensi untuk dibangunkan semula.

Homestay Bandar Melaka
Photo by Alexander Synaptic
Pulau Upeh telah diwartakan sebagai pusat pendataran penyu kara dan kerajaan negeri akan bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam menjayakan usaha ini.

Pulau Undan pula menempatkan rumah api dan pusat kawalan lalu lintas bagi kapal-kapal yang menggunakan Selat Melaka juga dilihat begitu berpotensi di bangunkan sebagai produk tarikan pelancongan baru.

Keadaan airnya yang jernih sehingga jelas kelihatan segala hidupan laut termasuk batu karang. Ia boleh dimanfaatkan dengan menyediakan aktiviti-aktiviti menyelam di kawasan ini.

Pulau Besar memang telah banyak aset pelancongan yang boleh dimanfaatkan biarpun sebelum ini pelbagai usaha yang dibuat gagal. Antara langkah awal kerajaan negeri cuba membangunkan semula dengan pendekatan berbeza apabila menjadinya sebagai pusat pengajian agama dan kerajaan negeri telah membina pusat tahfiz al-Quran di situ.

Di samping itu di Pulau Besar wujud kubur lama yang kaya dengan kesan sejarah juga akan menjadi tarikan kepada pengunjung.

Setakat ini, tiga buah pulau yang berpotensi iaitu Pulau Besar, Pulau Undan dan Pulau Upeh telah ada kemudahan jeti. Kerajaan negeri akan merangka aktiviti tambahan yang sesuai untuk pengunjung di samping menikmati aset-aset menarik yang ada.

Setakat ini pihak Perbadanan Pembangunan Pantai dan Sungai Melaka (PPPSM) ada menyediakan perkhidmatan teksi air untuk tujuan menjayakan pakej lawatan ke pulau-pulau berkenaan.

Perkhidmatan teksi air ini menyediakan kemudahan untuk 15 orang pengunjung dengan bayaran RM500 setiap bot.


Tuan Homestay

About Tuan Homestay -

Homestay Kesidang Lia dan Kesidang Moon menawarkan penginapan yang selesa, murah dan dekat dengan bandar. Homestay dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaam tetamu. Hubungi saya whatsapp/tel 017-9527363 untuk maklumat lanjut

Subscribe to this Blog via Email :

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.