Saturday, November 23, 2013

Tuan Homestay

"IMPRESSION MELAKA" Di Lancar Oktober 2014



Projek "Impression Melaka" akan dilancarkan Oktober tahun depan dan merupakan satu daripada acara ikonik bagi Tahun Melawat Malaysia 2014 dalam usaha menarik kedatangan pelancongan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata "Impression Melaka" adalah projek laluan masuk terbaru dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pelancongan.

"Selaras dengan NKEA, projek bernilai RM213.2 juta ini dianggarkan menarik 1.2 juta pelancong setahun, menjana Pendapatan Kasar Negara RM179 juta, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohamed Nazri berkata projek itu akan mewujudkan kira-kira 500 pekerjaan langsung dan beribu-ribu peluang kerja tidak langsung kepada penduduk tempatan selain menarik pelaburan asing dan meningkatkan pendapatan rakyat tempatan.

Beliau berkata projek ini adalah yang pertama dan satu-satunya siri ''impression'' terbuka di luar China dan eksklusif di Malaysia sebagai lokasi pertama di Asia Tenggara.

Homestay bandar melaka
Scene dari persembahan di Impression Liu Sanjie
"Impression Melaka", kata Mohamed Nazri, akan menampilkan gabungan sempurna alam sekitar sebagai latar belakang, sambil menggunakan teknologi terbaru pancaran cahaya dan bunyi, konsep seni moden dan bilangan besar peserta persembahan budaya.

Sumber: BERNAMA

Impression Liu Sanjie

Yangshuo Impression Liu SanjieImpression Liu Sanjie is an outdoor performance set in real mountains and rivers in Yangshuo County. The stage is a 2km (1.25 miles) stretch along Li River with 12 mountain peaks and the clear sky as the background. The theater therefore was named "Shanshui", meaning mountains and water in Chinese. The performance in this natural Shanshui Theatre is a masterpiece combining an awesome natural stage with excellence in theatrical production.

Unlike performances with traditional artificial stage, here you get a show with natural background. The best stage is Nature's stage. This picturesque scenery has remained almost unchanged for millennia, but now is part of a program not only to entertain you, but also appreciate nature with all of its splendor. Indistinct mountain peaks, reflections in the clear water, misty rain, and bamboo forests along with the sound of animals in their natural environment all vie for our attention and serve as peaceful interludes to the performance itself. You can sit back and relax to enjoy the show and peaceful surroundings while the director and actors bring you an unforgettable night.

Sumber: chinatourguide.com

Tuan Homestay

About Tuan Homestay -

Homestay Kesidang Lia dan Kesidang Moon menawarkan penginapan yang selesa, murah dan dekat dengan bandar. Homestay dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaam tetamu. Hubungi saya whatsapp/tel 017-9527363 untuk maklumat lanjut

Subscribe to this Blog via Email :

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.