Ad Code

Salam Ramadhan Kareem - Diskaun 20 % penginapan di Homestay Kesidang Sempena Ramadhan

Salam Ramadhan Kareem dari pengurusan Homestay Kesidang di Bandar Melaka untuk semua umat islam samada di Malaysia atau di mana sahaja. Saya juga berdoa semoga anda sihat walafiat dan bersedia sepenuhnya untuk mendapatkan nikmat yang Allah Subhanahu wa Ta’ala akan kurniakan kepada kita sepanjang bulan yang unik dan penuh keberkatan ini.


 Pada bulan inilah Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyempurnakan rahmatNya ke atas kita, seperti yang tersebut di dalam Al-Quran,

Firman Allah yang bermaksud (Al-Baqarah ayat 183) "Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".

Firman Allah yang bermaksud (Al-Baqarah ayat 184) "yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."

Firman Allah yang bermaksud (Al-Baqarah ayat 185) "Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”

KEUTAMAAN RAMADHAN

Terdapat banyak hadis Rasulullah saw yang menjelaskan fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di dunia dan akhirat kelak.

Di kesempatan ini pengurusan Homestay Kesidang juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua tetamu yang pernah menginap di homestay kami. Kami juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan atau rasa tidak selesa anda semasa menginap di homestay kami.

Sempena bulan yang penuh baroqah ini juga pengurusan Homestay Kesidang ingin memberikan diskaun sebanyak 20% untuk 2 malam pertama dan tambahan 10% lagi untuk malam ketiga dan seterusnya bagi tetamu yang ingin menginap di homestay kami bermula dari 10 Julai 2013 - 9 Ogos 2013.

Post a Comment

0 Comments