Ad Code

10 Tips Berhemat Ketika Bercuti


Percutian barangkali adalah saat-saat dimana kita sekeluarga dapat berkumpul bersama, masa bercuti juga boleh dinikmati dengan pergi ke suatu tempat yang indah dan mempunyai suasana yang membantu kita untuk melupakan aktiviti pekerjaan maupun kuliah dan sekolah.

Dengan kenaikan kos bahan api baru-baru ini, perbelanjaan untuk bercuti bersama keluarga mungkin akan meningkat. Namun percutian bersama keluarga setahun sekali juga adalah perlu terutama untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga.

Berikut adalah 10 tips percutian berhemat yang boleh anda jadikan panduan.

    tips berhemat ketika bercuti
  1. Yang pasti, persiapan perlu dilakukan dari awal-awal lagi terutama jika anda mempunyai rencana bercuti yang cukup panjang ke luar kota apalagi ke luar negeri. Lebih panjang masa persiapannya tentu lebih baik. Jika perlu buat auto debit dari income bulanan anda selama waktu yang disesuaikan dengan besarnya dana yang diperlukan. 

  2. Biasanya mengambil pakej percutian yang disediakan oleh agensi pelancongan adalah lebih murah. Namun jika anda ingin berpergian sendiri, ketahui dahulu selok-belok tempat percutian yang dituju. Kos pengangkutan, penginapan, tempat rekreasi dan makan serta tak ketinggalan tempat belanja, menjadi titik-titik penting untuk dicatat. 

  3. Untuk kos pengangkutan dan penginapan, sangatlah baik jika anda boleh mendapatkan pakej promosi. Bahkan jika ada, rumah saudara-mara atau penduduk tempatan dan pangsapuri milik perseorangan boleh dijadikan tempat penginapan. Homestay adalah pilihan yang terbaik kerana ia menyediakan penginapan yang murah dan selesa. Anda dapat menjimatkan perbelanjaan dengan banyak, memandangkan kedua-dua perkara ini adalah kos yang paling besar. 

  4. Cermatlah dalam memilih tempat rekreasi. Cari tarikan yang memang benar-benar unik dan bagus serta merupakan ciri khas tempat tersebut. Elakkan pergi ke lokasi pelancongan yang tidak perlu dan kos tinggi. 

  5. Sama seperti tempat rekreasi, mencari tempat makan / restoran harus sesuai dengan budget yang disiapkan. Lebih baik jika anda memilih tempat yang tidak jauh dari tempat penginapan atau tempat terakhir anda sedang berkunjung. Selain menjimatkan masa, juga menjimatkan belanja. Kalau perlu anda boleh masak sendiri kerana ia lebih menjimatkan dan anda boleh memastikan kebersihan makanan yang anda makan. 

  6. Tempat belanja yang tidak popular biasanya lebih murah berbanding tempat belanja yang ramai dikunjungi pelancong. Kalau boleh terus ke pasar-pasar tradisional bahkan langsung ke tempat pembuatan / kilangnya boleh menjimatkan wang anda. 

  7. Jangan lupa, selalu membawa bekal seperti roti dan minuman air putih dalam beg. Selain lebih sihat, anda juga akan terhindar dari jajan yang tidak perlu. 

  8. Bawalah wang saku sesuai dengan budget. Dan tetap catat semua perbelanjaan anda selama perjalanan dari awal hingga akhir. 

  9. Jika anda dan keluarga mempunyai fleksibiliti masa, pertimbangkanlah untuk pergi pada masa "low season". Anda boleh mendapatkan tawaran yang menarik dan murah yang tidak boleh didapatkan pada masa "high season". 

  10. Jika budget anda saat ini tidak membolehkan untuk pergi bercuti ke tempat jauh, cuti didalam bandar boleh menjadi pilihan yang tidak kurang menarik. Banyak alternatif tempat percutian yang bersifat edukatif bagi anak-anak terutama di Bandar Melaka dan sekitarnya. Bahkan rumahpun boleh menjadi tempat percutian yang menyenangkan bagi keluarga. Buatlah acara / aktiviti yang selama ini tidak pernah dilakukan keluarga di rumah. 
Yang penting, berfikir kreatif dan merasa bahagia menjadi kunci untuk dapat menikmati masa percutian.

Post a Comment

0 Comments