Ad Code

Keputusan STPM 2012 diumumkan Isnin 18 Mac 2013

STPM 2012 resultSeramai 51,673 calon yang menduduki peperiksaan STPM pada 2012 akan mengetahui keputusan mereka pada Isnin, 18 Mac 2013 ini. Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) semalam, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos. Calon boleh juga menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Cara untuk mendapatkan keputusan melalui SMS:

Taip STPM RESULT No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

Keputusan juga boleh diperoleh dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari, hari yang sama. 

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan jam 12 tengah hari pada hari sama di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor. 

Dari seramai 51,673 calon yang menduduki STPM di 760 pusat pemeriksaan pada 2012, sejumlah 47,708 terdiri dari calon sekolah kerajaan, 1,112 sekolah swasta, 2,795 persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri. 

Sumber berita- BERNAMA

Post a Comment

0 Comments