Ad Code

Baucer Diskaun Zoo Melaka



Alhamdulillah, Homestay Kesidang homestay di Bandar Melaka yang selesa kini telah membuat marketing colaboration atau kerjasama pemasaran dengan Zoo Melaka. Semua yang menginap di homestay kesidang akan diberikan baucer diskaun zoo melaka antara 20% hingga 50% untuk tiket masuk.

Zoo Melaka terletak di Ayer Keroh, merupakan salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Zoo Melaka adalah zoo kedua terbesar di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang diancam kepupusan. Selain menyaksikan pelbagai spesis hidupan liar, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan menunggang kuda dan berinteraksi dengan gajah yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung ke Zoo Melaka.

Kebanyakan mereka yang menginap di melaka homestay atau hotel di melaka, terutamanya yang berdekatan Ayer Keroh tidak akan ketinggalan untuk melawat Zoo Melaka kerana terdapat banyak tarikan di dalamnya.

Di antara Program/Aktiviti Pendidikan Zoo Melaka adalah:-
  1. Program "Learn & Fun": untuk kanak-kanak Tadika bersama-sama "guide tour" Zoo Melaka
  2. "Roadshow", Pameran & Ceramah ke Sekolah-sekolah/ IPTA/IPTS atas jemputan
  3. "Green Heart" (Gotong-royong)
  4. "Treasure Hunt" Zoo Melaka
  5. Program "Enrichment" (pengkayaan): "Food & Furniture"
* Disebabkan pengurusan Zoo Melaka telah diswastakan, pihak Zoo Melaka telah menarik balik baucer diskaun tiket masuk ke Zoo mulai Februari 2013. Sehubungan itu, pihak Homestay Kesidang Lia memohon maaf kepada semua pengunjung kerana tidak dapat memberikan baucer diskaun Zoo Melaka. Harap Maaf!!


Post a Comment

2 Comments

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.