Ad Code

Mengapa pilih Melaka sebagai destinasi pelancongan dalam negara anda

Pelancongan di Melaka

Zaman kegemilangan Melaka yang berlatar belakangkan pelbagai kisah dan kesan sejarahnya telah meletakkan negeri Melaka sebagai tempat yang perlu di lawati dalam kalangan pelancong terutamanya pelancongan dalam negara. Sejarahnya yang melangkaui 600 tahun jelas terbukti dengan kewujudan bangunan-bangunan lama peninggalan penjajah, jalan-jalan yang menarik, kelazatan makanan seperti asam pedas dan warisan pelbagai budaya yang menarik.

Pelancongan di Melaka

Melaka Destinasi Pelancongan Terkenal

Melaka juga terkenal sebagai pusat perdagangan maritim utama di rantau ini pada abad ke 16. Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Arab, China, India dan Eropah yang datang berdagang pelbagai barangan seperti emas dan perak, rempah-ratus, tembikar dan juga sutera.

Melaka menjadi rebutan kuasa-kuasa besar Eropah seperti Portugal, Belanda dan juga Inggeris yang telah menjajah negeri ini sehinggalah tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Hanya dengan menziarahi Melaka barulah anda dapat merasai perjalanan nostalgia bukan sekadar menambah pengetahuan mengenai zaman kegemilangan negeri ini malah akan menjadi kenangan yang amat bermakna.


Melaka moden ditubuhkan berlandaskan pembangunan indsutri setelah dua dekad selepas kemerdekaan dan terus berkembang menuju wawasan untuk menjadi negeri industri dengan penekanan diberikan kepada industri teknologi hijau.

Pelancongan merupakan sektor kedua terpenting selepas sektor perindustrian di dalam pembangunan ekonomi negeri Melaka. Negeri Melaka yang kaya dengan sumber sejarah, kebudayaan dan kesenian menjadikan negeri Melaka tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri.

Slogan Melaka iaitu Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia secara ringkas sudah dapat memberi gambaran apa yang dapat disajikan kepada pelancong oleh penduduk berbilang kaum di sini. Kelainan ini meletakkan Negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancong yang terbilang di Rantau Asia. Pada 7 Julai 2008, Melaka juga telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai sebuah Bandaraya Warisan Dunia dan kini dikenali sebagai "Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO". Ini disokong dengan 12 Sub Sektor Pelancongan Negeri Melaka yang terkenal iaitu Pelancongan Sejarah, Pelancongan Budaya, Pelancongan Rekreasi, Pelancongan Sukan, Pelancongan Membeli-Belah, Pelancongan Konvensyen, Pelancongan kesihatan, Pelancongan Pendidikan, Pelancongan Agro, Pelancongan Makan-Makan, Pelancongan Melaka Rumah Keduaku dan Pelancongan Belia.



Destinasi Pelancongan di Melaka

Industri pelancongan di negeri ini mencipta sejarah tersendiri apabila meraih empat daripada 11 Anugerah Pelancongan Malaysia 2010/2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Empat kejayaan tersebut apabila Hotel Holiday Inn muncul pemenang kategori Perkhidmatan Hotel Terbaik, Shaukani Abbas bagi Pemandu Pelancong Terbaik, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Hotel Naza Talya menerusi kategori Program Jelajah Terbaik. Manakala Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka pula menerima anugerah bagi kategori Tarikan Pelancongan Inovatif.

Pencapaian terbaik itu merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada pengusaha produk pelancongan dan sekali gus mengharumkan nama Melaka dalam industri pelancongan.

Post a Comment

1 Comments

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.