Ad Code

Amalan yang ibu bapa boleh buat ketika anak-anak sedang menduduki peperiksaan


Hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum peperiksaan bermula. Tentunya anak-anak kita sudah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut, peperiksaan yang akan menentukan perjalanan seterusnya kemudian hari. Kalau baik keputusan PT3 boleh masuk aliran sains, tapi kalau keputusan kurang baik, memang sukar untuk masuk aliran sains. Kalau baik keputusan SPM boleh mohon bidang yang kita minat ketika di universiti nanti.


Semestinya semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Sebab itu ibu bapa sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk hantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tusyen supaya anak-anak mereka benar-benar bersedia semasa peperiksaan nanti.

Sebenarnya usaha kita bukan terhenti setakat itu sahaja. Malah semasa anak-anak di dalam dewan peperiksaan ibu bapa masih boleh membantu anak-anak dengan amalan-amalan dan doa-doa memohon supaya anak-anak mereka dipermudahkan menjawab semua soalan dengan betul dan tepat. Antara amalan-amalan yang boleh di buat oleh ibu bapa adalah seperti berikut. Malah ianya boleh dilakukan di mana sahaja samada di rumah mahupun di pejabat.

1. Ambil wudhuk

2. Menghadap kiblat

3. Baca syahadah 3 kali

4. Baca Al Fatihah 10 kali


5. Baca 3 Qul 1 kali


6. Baca suruh Insyirah 1 kali


7. Selawat atas nabi 10 kali

8. Baca surah Yasin 1 kali


9. Baca Surah Insyirah 100 kali

Niatkan dalam hati supaya Allah S.W.T permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang. Sesungguhnya antara doa yang mujarab adalah doa ibu bapa terhadap anaknya.

Post a Comment

0 Comments