TANGGAL 16 September tahun ini, usia Malaysia sebenarnya baharu mencecah 46 tahun. Tarikh ini pada tahun 1963, Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka
disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor
Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat
jelata.Penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan
Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia
lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang
Malaysia" yang berlanjutan sehingga tahun 1966.
Filipina pula menuntut haknya ke atas
Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu
dengan pihak British. Brunei yang turut termasuk dalam rancangan
penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah
berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei oleh Sheikh Azhari
pada penghujung 1962.
Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai
1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London
hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan,
lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan
kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.
Tarikh perasmian pengisytiharan
Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 ke 31 Ogos
1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold. Namun tarikh tersebut
pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina emperhebatkan tentangan
mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia. Dan akhirnya 16
September 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia
ditubuhkan.
Rentetan Peristiwa Penubuhan Malaysia
27 Mei 1961
27 Mei 1961
Perdana Menteri,
Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri
Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang
perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah
Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk
kerjasama politik
23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan
Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah
bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
dipengerusikan oleh Donald Stephen.
Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah
18-20 Disember 1961
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak
6-7 Januari 1962
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur
17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold
telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di
Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang
ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie,
Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak
sebagai Setiausaha
3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
Julai 1962
Kata sepakat dicapai
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan
Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan
rundingan.
9 Julai 1963
Perjanjian penting
telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough
House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah
ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
16 September 1963
Upacara
pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri,
Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
0 Comments
Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.