Ad Code

Persediaan online (dan offline) untuk percutian yang istimewa

Salah satu perkara yang menarik ketika melakukan perjalanan ialah mengalami perkara-perkara yang baru, yang berbeza, dan adakalanya yang tidak diduga. Tetapi, bagaimana pula jika berlaku kejutan yang tidak begitu menyenangkan?

Menjangkakan sesuatu yang tidak di duga pada hari cuti anda bukan setakat melibatkan cuaca basah dan perubahan suhu. Anda juga perlu bijak untuk mempertimbangkan keperluan perjalanan anda bukan setakat kerluan yang anda tidak boleh hidup tanpanya. Bolehkah anda menggantikan kanta lekap anda dengan notis yang singkat?

Opera Software, pembuat Opera pelayar web mudah alih, mempunyai beberapa tips berguna untuk memastikan percutian anda berjalan lancar.

Beberapa langkah back-up perlu dilakukan agar ia akan dapat mengatasi banyak kerumitan dalam kes masalah perjalanan dan perkhidmatan dalam talian boleh membantu anda sekiranya berlaku kerumitan. Membuat Pelan B untuk percutian anda akan membantu anda mengelakkan kehilangan kewarasan anda, walaupun anda kehilangan beg anda atau terlebih banyak membelanjakan wang."

Semua orang melakukan pemeriksaan akhir untuk memastikan pasport dan tiket tidak tertinggal sebelum berlepasf, tetapi bagaimana tentang semua dokumen anda yang lain - dan apa yang perlu anda lakukan drkiranya berlaku kes kehilangan atau kecurian? Mengikuti tradisi, meninggalkan salinan jadual perjalanan, insurans dan nombor penting kepada ahli keluarga atau kawan rapat, ditambah satu salinan untuk diri sendiri. Supaya bertambah menjamin, imbas dokumen-dokumen anda dan simpan dokumen tersebut dalam talian (cloud), supaya anda boleh mengakses mereka mana-mana sahaja di dunia. E-mel dokumen anda untuk diri anda dan juga untuk yang tersayang , atau simpan dokumen tersebut  di laman web storage dalam talian seperti Dropbox, Google Drive atau lain-lain perkhidmatan awan.  Sungguh mudah!

Post a Comment

0 Comments